5 PERANAN SUAMI UNTUK BANTU ISTERI ELAK MEROYAN SELEPAS BERSALIN

Pernah dengar meroyan dalam kalangan ibu bersalin?

Meroyan ini bukan mitos semata-mata tapi ia dipersetujui sendiri oleh doktor-doktor pakar yang mengesahkan ianya sering terjadi dalam kalangan ibu yang baru lepas bersalin.

Pakar perubatan ada menyatakan bahawa meroyan boleh berlaku dalam 3 tahap yang mengganggu perilaku si ibu sekaligus menjejaskan keharmonian rumah tangga.

TAHAP-TAHAP MEROYAN

Gejala seperti tertekan, gelisah serta perasaan sebak yang menyedihkan mereka kerana bimbang akan kemampuan untuk menguruskan anak sering terjadi kepada ibu yang mengalami masalah ini pada tahap pertama. Tahap maternity blues ini boleh berlarutan bermula lima hingga 14 hari. 

Jika ianya berlarutan sehingga sebulan kepada enam bulan, ini bermakna si ibu telah mencapai tahap kedua iaitu postpartum depression. Jika tidak diuruskan dengan baik, si ibu mungkin bertindak luar kawalan yang mana mereka mula bertindak luar kawalan seperti menghumban atau mencederakan bayi.

Para suami dan keluarga perlu mengambil serius masalah ini supaya ia tidak berterusan sehingga tahap ketiga. Si ibu akan menunjukkan symptom yang lebih teruk pada tahap ketiga yang mana mereka mula berhalusinasi sehingga hilang rasional. Ini akan membawa kepada niat untuk membunuh diri dan sesuatu yang lebih teruk jika tidak diurus.

Jadi, untuk mengelakkan semua perkara ini daripada berlaku dan menjadi semakin teruk, para suami perlu memainkan peranan penting dalam menjaga baik emosi isteri. Selepas ibu dan ayah, kebergantungan hidup isteri hanya lah terletak pada si suami.

Perasaan sedih, gembira, terkilan dan terasa hati semuanya dikongsikan bersama suami. Perjalanan proses kehamilan ini tidak mudah, si isteri perlu menjaga setiap sudut kehidupan. Walaupun berat membawa diri dan mengendong seorang lagi manusia di dalam badannya namun yang di depan mata juga perlu dijaga.

Jadi, para suami sekalian mainkan peranan anda. Sekecil-kecil perbuatan kasi yang anda tunjukkan, akan tetap beri kesan baik kepada emosi dan perilaku isteri.

PERANAN SUAMI

  1. Urut isteri

Seorang ketua dalam keluarga perlu sentiasa memastikan insan dijaganya sentiasa dalam keadaan baik. Ke mana lagi nak disalurkan tenaga anda kalau bukan pada isteri, kan? Jika anda penat berkerja, isteri juga penat bekerja dan menguruskan kehidupan anda sekeluarga. Jadi, ucapkan terima kasih dengan memberikan urutan mesra kepada si isteri.

  • Menunjukkan perbuatan mesra

Kalau anda nak tahu, emosi adalah perkara pertama yang mempengaruhi wanita. Walau sesibuk mana dan sepenat mana pun yang dirasa, jika dijaga emosinya dengan baik, isteri akan tetap merasakan kebahagiaan dan kesempurnaan dalam hidupnya. Jadi, kerapkan untuk mencipta kemesraan dengan isteri seperti memeluk, cium dan sentiasa meluahkan rasa sayang dan cinta kepadanya. Perhatian yang suami tunjukkan ini boleh hilangkan terus tekanan si isteri.

  • Elakkan menyebut perkataan menyakitkan hati

Kalau anda nak tahu, kebanyakan isteri ni juga sama seperti bayi yang mana ia akan berubah mengikut didikan yang diberi suami. Jadi, gunakan saja Bahasa yang baik dan sedap didengar supaya ia tak mengganggu emosi isteri.

  • Bantu isteri buat rutin harian

Ringankan beban yang dipikul si isteri. Jika si isteri sedang masak, suami perlu bantu bermain dengan anak dan begitu juga yang selebihnya. Jika ada masalah yang timbul, tetapkan masa yang terbaik sebagai sesi perbincangan. Ingat, communication is the key!

Secara ringkasnya, fahaman yang dipercayai ramai seperti wujudnya hantu pada uri(placenta) akan menyebabkan berlakunya meroyan hanyalah mitos semata-mata. semua orang terutamanya suami perlu memainkan peranan dalam mengurangkan kes postpartum depression atau meroyan dalam kalangan wanita. Keluarga yang menemani ibu sepanjang tempoh berpantang juga akan membantu kurangkan risiko meroyan ini.

Scroll to Top