Bapa mana tidak sayangkan anak?
Bapa mana tidak gembira tatkala zuriat kesayangan yang amat dinanti telah berjaya dilahirkan oleh isteri tercinta ke dunia ini?
Menanti Kelahiran Anak
Selaku seorang bapa, saya juga turut merasai dan memahami, betapa mendalamnya rasa kasih dan sayang seorang bapa ini terhadap cahaya mata kesayangan.
Gemuruhnya kami sebagai suami dan ayah, mungkin tidak terpancar di raut wajah tetapi hakikatnya rasa berdebar di dalam hati bagaikan jantung yang berdegup ini mahu gugur.
Kerisauan tu makin bertambah tatkala isteri berada di dalam bilik bersalin. Hanya Allah SWT yang tahu keadaan para suami yang bakal bergelar ayah ini di ketika itu.
Perkara yang paling mengembirakan adalah semasa melihat nurse berdiri di muka pintu yang memisahkan ruangan bilik bersalin dengan bahagian menunggu sambil di pangkuannya ada seorang baby kecil.
Wajah para ayah yang sedang menunggu penuh sabar bersama sebahagian ahli famili masing-masing memandang ke wajah nurse dengan penuh pengharapan.
Tatkala dipanggil oleh nurse yang bertugas dengan menggunakan nama isteri sebagai panggilan terus rasa risau tadi bertukar kepada rasa teruja yang teramat sangat secara automatik kerana terlalu happy mendengar nama isteri sendiri di sebut.
Rasa macam nak terlompat dari kerusi di ruangan menunggu tu,kerana tak sabar nak lihat wajah bayi yang ada di pangkuan nurse tersebut.
“Lelaki ke Perempuan ?”
Pertanyaan pertama, inilah yang akan terbit dari mulut si ayah.
Mau tak teruja kalau dah sembilan bulan menunggu dengan sabar sambil melayan kerenah sang isteri yang kadangkala nak itu dan nak ini.
Saat diserahkan baby untuk dipangku buat kali pertama terasa bagaikan kaki ini tak jejak ke tanah.
“Comelnya dia.. Wanginya dia….”
Dengan sendirinya terus menyelinap rasa syukur di dalam hati bila Allah SWT sudi anugerahkan insan secomel ini untuk menjadi penyeri dan pengubat sunyi hidup berdua dengan isteri.
Dalam masa yang sama di belek-belek juga wajah, tangan, kaki, jari, semua…. Semuanya di belek dengan penuh minat.
Bukannya apa, sekadar mencari kalau-kalau ada yang di warisi dari diri sendiri.
Sekurang-kurangnya adalah sikit yang serupa dengan diri sendiri selaku si ayah.
Comelnya Baby
Saat melaungkan azan dan iqamah, secara tak sedar airmata mengalir laju bagaikan air paip yang pecah! Payah nak berhenti pula tu.
Tak tahulah mengapa dan apa sebabnya hinggakan sebegitu hebat airmata boleh tumpah di pipi sang ayah.
Agaknya inilah nilai sebenar kasih sayang, selaku seorang bapa yang hanya sesama bapa saja boleh mengertikan.
Rasa bertuah sangat kala tu kerana dah ada seorang insan istimewa yang sudi menggunakan nama sendiri sebagai bin atau binti.
“Syahduuuu…. Amat amat syahdu…”
Hajat hati hendak pangku baby dari malam hingga ke subuh kerana ada pelbagai cerita ini dikongsi dengan sang kecil yang sangat comel tanpa tahu apa-apa lagi ini.
Tapi… .
Tiba-tiba nurse minta supaya pulang dulu, sambil tu diserahkannya juga sesuatu yang telah dibungkus kemas, sehingga menjadi sebuah bungkusan berwarna hijau.
Oh Ya, URI
Tak mengapalah, nanti siang boleh terus di basuh dan tanam uri si baby ni.
Bahagianya dukung bayi
Alhamdulillah,
selamat tiba di rumah dan disebabkan sudah berjam-jam tidak tidur kerana berjaga dengan perasaan yang amat risau ketika isteri sedang bertarung nyawa membuatkan mata terus terlelap!
Lena yang dirasakan sangat nyenyak, hinggakan hampir nyaris tidak sedar Subuh telah menjelma semula.
Ya Allah, rasa macam baru saja letak kepala di atas bantal.
Selesai saja usai solat Subuh, telefon mula berbunyi. Rupa-rupanya saudara seorang demi seorang telah menghantar whatsapp mengucapkan tahniah. Tersenyum sekali lagi dibuatnya kala teringat wajah baby sendiri malam tadi.
Rindunya nak cepat-cepat tatap baby, sambil di cium bertalu-talu pipinya yang wangi semerbak itu. Dalam dok berangan, si isteri telefon….
Kali ini isteri nak ingatkan supaya segera ke Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak bagi melaporkan keadaan isteri yang telah selamat bersalin. Sambil tu sempat juga isteri berpesan supaya di bawa sebuah beg untuk mengisi pakaiannya yang kotor. Saat ini mula garu kepala tempat yang tak gatal. Hmmm mana satu nak buat dulu ni?
Dalam dok berkira-kira nak ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, kemudian terus ke ward untuk bertemu isteri dan baby semula, tertepuk dahi sendiri tatkala teringat akan uri baby yang belum di urus.
Subhanallah… hampir-hampir terlupa dalam keadaan yang kelam kabut begini.
Ini baru anak seorang, kalau ada anak yang lain hmmm makin kelam kabut rasanya ni. Terus datang rasa cemas semula dengan keadaan masa yang agak padat ini.
Sempat Ke Nak Basuh Dan Tanam Uri Ni?
Bolehkah urus dengan baik dalam keadaan yang kelam kabut begini?
Inilah dia nilai tanggungjawab seorang ayah yang sebenar, di mana perlunya untuk memikirkan antara uri, isteri dan juga perkara lain yang berkaitan.
Bersalinnya isteri bermakna si ayah akan mula sibuk untuk selesaikan banyak perkara. Jangan ingat lepas isteri bersalin si ayah akan duduk goyang kaki kat rumah saja.
Placento bantu basuh dan tanam uri
Kerana itu jugalah wujudnya Placento ini.
Wujudnya Placenton ini sebenarnya adalah demi untuk menolong meringankan tugasan si ayah pada waktu tersebut.
Sekurang-kurangnya Tim Placento dapat membantu bagi pihak si ayah dengan pengurusan uri secara islam dengan cepat dan tanam di masjid atau surau yang bekerjasama dengan kami.
Placento sememangnya amat berbangga dengan ayah-ayah di luar sana yang amat mengambil berat akan isteri, bayi dan juga uri ini.Semoga para ayah di luar sana akan terus gembira dan bahagia bersama si isteri dan zuriat masing-masing.
Jika tidak punya masa untuk menguruskan uri cahayamata tersayang, jangan bimbang kerana kami di Placento senantiasa akan menghulur tangan untuk membantu seorang ayah seperti saudara.
Ikhlas,
Ustaz Basri Ahmad
+6011 5684 4450
Founder #Placento
www.placento.com