Soalan Lazim

Placento giat beroperasi di kawasan Lembah Klang, terutamanya di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Placento akan datang ambil uri pada waktu bekerja 8:30 pagi hingga 5:00 petang. Jika ayah dan ibu memohon kami pengambilan uri di luar waktu operasi, sila maklumkan lebih awal.

Placento akan melaksanakan amanah tersebut dengan segera. Semua proses akan selesai kurang daripada 24 jam dan siap ditanam daripada waktu pengambilan uri. In Sha Allah.

Boleh, pihak ayah dan ibu perlu menanggung kos logistik dan sedikit kos pengurusan. Namun saranan kami, serahkan saja kepada Placento bagi memudahkan tugas dan menjimatkan masa ayah supaya dapat fokus kepada urusan ibu dan bayi yang baru lahir.

Bekas yang digunakan oleh orang dulu-dulu itu hanyalah untuk mengurangkan bau uri daripada dihidu oleh binatang buas dan ganas. Ianya juga untuk kelihatan lebih cantik dan
memuliakan manusia.

Uri ditanam di perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Surau Desa Pinggiran Putrajaya, Surau Seksyen 3 Shah dan yang telah bekerjasama dengan Placento.

Boleh, tiada masalah. Placento akan hantar pegawai logistik untuk datang ambil uri pada siang hari.

Anda boleh menyimpan uri di dalam peti ais pada bahagian biasa. Jangan sesekali diletakkan pada bahagian sejuk beku.

Kami beralamat di Masjid Taman Cheras Jaya, Jalan CJ2/11, Taman Cheras Jaya, Batu 9 Cheras, Selangor Darul Ehsan. Waktu operasi kami adalah dari Isnin ke Ahad 8.30am – 6.30pm.

MONEY BACK GUARANTEE

1. Jaminan Keselamatan dan Kebersihan

Jika anda tidak berpuas hati dengan tahap keselamatan semasa pengumpulan dan
pengurusan Placento, kami akan memulangkan 100% bayaran anda.

2. Jaminan Perkhidmatan Tepat Masa

Kami memahami betapa pentingnya masa. Jika kami tidak dapat memenuhi waktu
yang dijanjikan untuk perkhidmatan, kami akan memulangkan wang anda.

Scroll to Top