APA PERLU BUAT BILA JADI MASALAH URI MELEKAT

“Betul ke masalah uri melekat boleh meragut nyawa?”

Masalah ini mungkin terjadi dalam 2 keadaan, sama ada cebisan sahaja yang melekat ataupun keseluruhannya. Ia penyebab utama jika berlaku sebarang tumpah darah selepas bersalin.

Hal ini kerana kewujudan uri akan menyebabkan rahim tidak mengecut.

Walaupun berisiko namun ianya terlalu jarang berlaku kerana kebiasaannya uri bayi akan keluar secara semula jadi dan masalah ini berlaku apabila uri ini tidak keluar.

JENIS MASALAH URI MELEKAT

1. Placenta adherents

Kebanyakan kes masalah uri melekat adalah berdasarkan jenis ini di mana uri tidak terpisah secara spontan dalam masa 30 minit selepas melahirkan.

2. Trapped placenta

Dalam kes ini, uri mungkin sudah terpisah daripada rahim tetapi tidak keluar secara semula jadi.

3. Placenta accrete

Paling berisiko buat ibu yang sudah bersalin kerana uri melekat terlalu kuat pada dinding rahim dan menyebabkan tumpah darah yang teruk.

TANDA PESAKIT URI MELEKAT

Para ibu mungkin mengalami beberapa symptom seperti demam, tumpah darah yang serius, sakit pada rahim yang teruk dan keluar cecair yang berbau busuk.

Jika anda mengalami symptom ini, segera berjumpa dengan doktor pakar.

SIAPA YANG BERISIKO?

Ibu yang berisiko untuk mengalami masalah ini adalah keadaan janinnya yang telah mati, ibu yang telah berusia, serta mengalami tahap 1 dan 2 yang terlalu lama.

RAWATAN KEPADA SI IBU?

Hanya satu rawatan yang tersedia bagi masalah ini iaitu mengeluarkan sisanya yang masih melekat. Justeru, doktor akan mengeluarkan sisa uri menggunakan tangan.

Selain itu, ibu boleh mencuba pelbagai jenis ubat-ubatan untuk mewujudkan kontraksi yang membantu badan membuang uri daripada rahim.

Jika ianya masih tidak berjaya, langkah terakhir yang diperlukan adalah pembedahan. Namun, ia sebolehnya ingin dielakkan kerana pelbagai komplikasi akan terhasil.

Secara ringkasnya, walaupun masalah pada uri terlalu jarang berlaku namun, para ibu tidak boleh mengambil mudah tentang langkah penjagaannya. Ibu perlu segera memaklumkan kepada sesiapayang dipercayai jika terjadi sesuatu perkara yang pelik dan boleh mendatangkan bahaya pada dirinya.

Anda juga mungkin meminati: Bezakan fakta dan auta ketika berpantang

Ikuti Facebook kami untuk maklumat lanjut: Placento

Scroll to Top