BAGAIMANA URI MEMPENGARUHI MOOD IBU MENGANDUNG?

Kalau diperhatikan, emosi atau mood ibu mengandung ni ada saja turun naiknya. Kadang terlalu happy, kadang terlalu sedih sampaikan boleh beri impak kepada fizikal dan juga rutin hariannya.

Hal ini kerana, perubahan hormon yang berlaku boleh mendedahkan ibu hamil kepada masalah mental seperti kemurungan, depresi dan gangguan emosi yang serius.

Jadi, selain fizikal dan pemakanan, sudut kerohanian juga perlu diberikan perhatian dan dijaga rapi sepanjang tempoh kehamilan.

Pernah dengar tentang masalah meroyan yang sering dikaitkan dengan ibu yang baru saja bersalin yang disebabkan oleh ketidakstabilan mood ibu mengandung ini? Pakar ada menyatakan bahawa penyakit ini yang juga dikenali sebagai post partum psychosis akan berisiko kepada ibu yang ada sejarah mental, sejarah meroyan dan juga gaya hidup yang tidak sihat.

BAGAIMANA URI MEMPENGARUHI MOOD

  1. Uri bertindak sebagai kelenjar yang membantu keluarkan pelbagai hormon dalam memastikan perkembangan bayi.
  2. Antara hormon yang terlibat adalah hormon hcG, hormon estrogen, hormon progesterone dan human placental lactogen.
  3. Selain membantu menghasilkan susu badan, hormon ini menyebabkan cepat berubah mood dan lebih mudah menangis.
  4. Boleh menjadi lebih serius jika si ibu pernah menghidap post partum psychosis dan ada ambil barang terlarang.
  5. Menjadikan si ibu mudah sensitif yang memberi kepada perkara positif dan negative.

KESAN MOOD YANG TIDAK BAIK/MEROYAN KEPADA BAYI

  1. Kelahiran bayi pramatang.
  2. Mempengaruhi perlakuan dan perilaku negative pada anak.
  3. Masalah kuat meragam pada dua tahun pertama.
  4. Hubungan ibu dan anak terganggu.

Secara ringkasnya, mood ibu mengandung yang tidak baik atau tekanan yang berterusan ini jika tidak diurus akan meningkatkan risiko kepada si ibu dan juga bayi. Cara yang terbaik yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu hamil yang sering mengalami kemurungan atau mood tidak stabil ini perlu terbuka dalam berkongsi masalah atau berkongsi perasaan.

Mungkin ada yang tidak selesa dan agak susah untuk berkongsi dengan si suami, jadi anda boleh cuba untuk berkongsi perasaan dengan seseorang yang dipercayai seperti mak ayah atau sahabat/saudara terdekat.

Sebagai suami, anda perlu menjalankan peranan dengan membawa isteri berjumpa dengan pakar dan mendapatkan sokongan psikologi dengan aktiviti sihat. Apa yang dilalui saja sudah cukup berat, jadi untuk para suami sekalian, jangan bebankan si isteri dengan mana-mana serangan emosi ataupun tekanan yang melampau.

Ingat lah bahawa ibu memberi seri dan harmoni untuk setiap keluarga jadi molek rasanya jika ahli keluarga lain menjaga emosi atau mood ibu mengandung dengan baik.

Ikuti Facebook kami untuk maklumat lanjut: Placento

Anda juga mungkin meminati: Fakta Menarik Tentang Uri

Scroll to Top