Blogs

Faq Berkaitan Dengan Permasalahan Uri Dan Servis

Assalamualaikum pada anda semua. Terima kasih banyak kerana sudi singgah di website Placento. Nama saya Ustaz Ahmad Basri yang akan sedaya upaya membantu menguruskan uri untuk bayi kesayangan Tuan Puan. Di sini saya sertakan juga soalan berserta dengan jawapan yang sering diajukan pada saya berkaitan dengan servis yang saya tawarkan ini. Soalan yang selalu ditanya tentang Placento (FAQ) Soalan # 1 : Di kawasan manakah Placento beroperasi? Dalam waktu yang terdekat ini, Placento sedang beroperasi di sekitar kawasan Selangor seperti Lembah Klang, Putra Jaya dan Cyber Jaya.

Continue reading

Tentang Kami

Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang mula mengenali PLACENTO. Nampaknya tujuan utama saya untuk membantu para ibu bapa di luar sana dalam menguruskan uri bayi sudah semakin terlaksana. Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah mempermudahkan segalanya. Semua ini juga adalah berkat jasa bonda tercinta yang saban masa memberi nasihat dan semangat untuk saya terus berjuang di dalam bidang ini. Bagi yang belum mengenali siapa saya, nama saya adalah Mohd Basri Bin Hj Ahmad, seorang hamba Allah yang telah mendapat pendidikan di Universiti Al Azhar , Kaherah Mesir dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab.

Continue reading

Impak Tinggal Uri Di Hospital Yang Perlu Diketahui Umum

Zaman emak ayah kita dulu, uri ataupun tembuni bayi yang baru saja dilahirkan amat diberi perhatian yang sangat serius. Uri ataupun tembuni ini tidak akan sengaja ditinggalkan terutamanya di hospital dek kerana ingin menguruskannya dengan sempurna. Apa yang diamalkan di zaman emak dan ayah kita dulu memang patut kita ikut kerana tindakan meninggalkan uri ataupun tembuni ini dengan sengaja di hospital adalah satu perbuatan yang patut dielakkan. Elakkan membiarkan uri dihospital.

Continue reading

Hukum Tanam Uri - Wajibkah Tanam Uri Bayi Yang Baru Lahir?

Apakah sebenarnya hukum untuk membuang uri bayi setelah dilahirkan? Adakah wajib ditanam atau boleh terus dibuang saja dengan cara yang sesuai? Saya percaya persoalan ini telah sering bermain di dalam benak fikiran masing-masing terutama di kalangan para ibu dan ayah yang baru saja menimang cahaya mata. Menyentuh mengenai soalan apakah wajib untuk uri ini di tanam? Di sini saya kongsikan beberapa info yang sepatutnya, dengan harapan agar ianya dapat membantu menjawab segala persoalan tersebut.

Continue reading

Kaedah Yang Lengkap Bagaimana Untuk Menanam Uri Mengikut Kaedah Islam

Jika sebelum ini saya kongsikan 12 Langkah Panduan Lengkap Untuk Membasuh Uri Bagi Rujukan Para Ayah Mengikut Kaedah Islam, kali ini saya kongsikan pula, info berserta panduan yang lengkap bagaimana untuk melakukan proses tanam uri bayi yang betul dan mudah mengikut kaedah Islam. Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak akan dapat membantu anda semua di luar sana supaya dapat menguruskan uri tersebut dengan baik dan sepatutnya. Sama seperti yang pernah saya beritahu di dalam artikel mengenai panduan mencuci uri sebelum ini,proses menanam uri ini juga tidaklah susah sebagaimana yang di sangka.

Continue reading

12 Langkah Panduan Lengkap Untuk Membasuh Uri Bagi Rujukan Para Ayah Mengikut Kaedah Islam

Di sini saya ingin kongsikan, 12 panduan lengkap langkah demi langkah, bagaimana cara untuk basuh uri bayi dengan betul mengikut kaedah Islam bagi rujukan para ayah khususnya. Cara basuh uri bayi yang betul mengikut kaedah Islam ini sebenarnya tidaklah sesusah yang di sangka. Cuma mungkin disebabkan rasa tidak yakin saja hingga menyebabkan ada yang tidak berani untuk mencuba menguruskan uri ini. Nasihat saya, jangan risau dan panik sebaliknya ikut langkah yang akan saya tunjukkan di sini langkah demi langkah, In sha Allah anda pasti akan dapat melakukannya.

Continue reading

Debaran Menanti Isteri Bersalin Hanya Allah SWT Saja Yang Tahu

Bapa mana tidak sayangkan anak? Bapa mana tidak gembira tatkala zuriat kesayangan yang amat dinanti telah berjaya dilahirkan oleh isteri tercinta ke dunia ini? Selaku seorang bapa, saya juga turut merasai dan memahami, betapa mendalamnya rasa kasih dan sayang seorang bapa ini terhadap cahaya mata kesayangan. Gemuruhnya kami sebagai suami dan ayah, mungkin tidak terpancar di raut wajah tetapi hakikatnya rasa berdebar di dalam hati bagaikan jantung yang berdegup ini mahu gugur.

Continue reading

Uri - Organ "Pakai Buang" Yang Sangat Istimewa

Assalamualaikum w.b.t., Hai ayah dan ibu selamat datang ke blog Placento. Secara lazimnya, saya tetap akan terus membawa topik uri dan suka ataupun tidak, hakikat sebenar bahawa uri ini adalah organ ‘pakai buang’ yang sangat istimewa sememangnya tidak dapat ditepis lagi. Sejarah bagaimana saya dapat mengenali secara dekat dengan uri ini, kisahnya bermula tatkala sering mengikut bonda tercinta pergi mengurut atau menyambut kelahiran bayi, tanpa mengira siang mahupun malam dalam pelbagai cuaca.

Continue reading

Uri Peneman Bayi Yang Perlu Kita Peduli

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bagi anda yang masih belum mengenali siapa saya, nama saya Basri Ahmad, selaku penaung utama untuk pasukan PLACENTO. Saya merupakan salah seorang hamba Allah yang mempunyai lulusan dari Universiti Al Azhar dan sebagai salah seorang insan yang telah diberi kepercayaan oleh ramai ibubapa di luar sana untuk membantu menguruskan plasenta atau uri. Maka secara tidak langsung saya berasa terpanggil untuk meluahkan apa yang saya rasa dengan penuh rasa ikhlas dari hati tentang uri itu sendiri.

Continue reading

Placento Menang Pertandingan Pembangunan MaGRis 2018

Alhamdulillah satu lagi pencapaian telah dibina dalam memenuhi hati pelanggan. Pada permulaannya Placento sebuah nama yang pelik dan pasti mengerutkan kening buat si pendengar. Nama Placento diilhamkan daripada perkataan “Placenta” yang membawa maksud uri bayi. Pada Mei 2018 Placento menampilkan diri menyahut cabaran “Geran Pembangunan Inovasi melalui Yayasan Inovasi Malaysia”. Dengan inovasi, kesungguhan dan komitmen yang Placento usahakan, Placento berjaya menambat hati para juri seterusnya merebut Geran tersebut dengan jumlah RM 30,000.

Continue reading