6 Langkah Mudah Basuh Uri

By Ustaz Basri | May 1, 2018

Ahad lepas saya ada kongsikan cerita di Facebook Page MyPlacento pengalaman berjumpa dengan para suami yang bakal menimang anak sulung. Ramai yang bagi respon belum ada apa-apa pendedahan dan juga persediaan.

Saya berterima kasih kerana mereka memberi respon yang jujur sebagai seorang suami, ini membuatkan saya lebih komited dan bersemangat untuk berkongsi maklumat dan pengalaman yang saya ada berkenaan basuh dan tanam uri bayi.

Sini saya kongsi beberapa langkah untuk anda basuh uri sendiri.

1. Barang yang diperlukan sebelum membasuh uri

Placento Kit - Kit lengkap untuk proses basuh tanam uri

  • Sarung Tangan Getah

Mengikut pengalaman kalau basuh tanpa sarung tangan, tangan kita akan rasa gatal-gatal kerana darah pada uri mungkin mengandungi kuman yang berbahaya.

Pernah berlaku kepada mak saya.. tangan gatal sampai ke malam sehingga bahu pun lenguh. Hati-hati ya sedara!

  • Penutup Mulut

Bagi yang tak tahan bau tajam darah elok guna. Bukan apa nanti termuntah, badan pon lembik. Siapa pulak nak jaga kita? Kan naya tu..

  • Garam & Asam

Guna semasa basuh dan juga dalam bungkusan uri

  • Kain

Untuk kita bungkus uri tu bila da basuh nanti

2. Air Mengalir

basuh uri dengan air mengalir

Lebih memudahkan proses mencuci uri

Ok, baiklah

Setelah barang siap dikumpul kita dah boleh mulakan proses membasuh uri anak dengan membaca Basmalah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Untuk lebih mudah letakkan uri dalam besen jaring dan letakkan di atas lantai seperti gambar. Kemudian alirkan air ke uri. Pastikan air darah tersebut mengalir masuk ke dalam longkang ya.

3. Gosok Perlahan

gosok perlahan

Urutkan urat darah pada uri dari tepi ke arah tali pusat, supaya darah lebih mudah mengalir keluar. Kemudian lurutkan pula tali pusat sehingga hujung.

Hati-hati takut terpercik ke muka! Saya pernah kena.

4. Gunakan bahan yang tersedia

Taburkan garam semasa basuh untuk menyah bau dan segala kekotoran yang ada. Kalau nak guna selain daripada garam dan asam pun boleh, limau atau sabun ke tapi jangan guna clorox takut hancur pula uri tu nanti.

5. Bungkus dengan kain

Bungkus dengan kain

Taburkan garam bersama asam semasa proses membungkus uri anak kita bagi mengurangkan lagi bau daripada dihidu binatang buas.

Kalau boleh selitkan sekali garam dan asam di bahagian dalam uri.

Mak saya pesan elok guna kain, kalau guna plastik nanti air bercampur baki darah akan bertakung menyebabkan uri lambat kering dan reput.

6. Tanam

Bungkus, ikat dan tanam uri

Alhamdulillah uri anak kita sudah siap dan sedia untuk ditanam dengan penuh kesyukuran, di atas pengurniaan zuriat yang amat bermakna daripada Ilahi.

Para suami semua, seeloknya kita selesaikan uri ini secepat yang mungkin kerana isteri dan anak kita sedang menunggu, tambahan pula jika ada di antara kita yang isterinya menghadapi komplikasi ketika bersalin. Mereka memerlukan suami di sisi.

Pada artikel yang seterusnya, saya akan kongsi beberapa langkah untuk tanam uri daripada sudut pandangan orang-orang tua dan mengapa mereka buat begitu.

Saya dan Team Placento amat berharap maklumat dan pengalaman yang dikongsi ni dapat memberi manfaat kepada para suami sebab saya tahu ramai lagi yang belum buat persediaan nak uruskan uri.

Kelahiran bayi adalah detik terindah buat anda, nikmatilah waktu ini bersama yang tersayang dengan gembira.

Sapa tak sayang bini uiiii :D