Uri - Organ "Pakai Buang" Yang Sangat Istimewa

By Ustaz Basri | November 22, 2018

Assalamualaikum w.b.t.,

Hai ayah dan ibu selamat datang ke blog Placento.

Secara lazimnya, saya tetap akan terus membawa topik uri dan suka ataupun tidak, hakikat sebenar bahawa uri ini adalah organ ‘pakai buang’ yang sangat istimewa sememangnya tidak dapat ditepis lagi.

Sejarah bagaimana saya dapat mengenali secara dekat dengan uri ini, kisahnya bermula tatkala sering mengikut bonda tercinta pergi mengurut atau menyambut kelahiran bayi, tanpa mengira siang mahupun malam dalam pelbagai cuaca.

Masa itu usia masih lagi di tahap sekolah rendah di sekitar awal tahun 90’ an dulu berlokasi id Felda Ulu Jempol tempat saya dibesarkan.

Tempat Ustaz Basri Pengasas Placento membesar

Tempat saya membesar

Sejak itu persepsi saya pada uri ini terasa sangat mendalam kerana hasil daripada pengalaman itu juga saya turut dapat mengetahui yang uri ini tidak ubah seumpama satu organ yang istimewa. Ia bersifat ‘pakai buang’ berdasarkan fungsinya sendiri di mana ia harus berpisah buat selamanya setelah bayi itu selamat dilahirkan.

Tidak dinafikan ramai di antara kita yang melihat uri ini dengan perasaan ngeri. Disebabkan bentuk dan rupanya seperti ketulan daging yang penuh dengan urat dan darah tetapi hakikatnya rasa ngeri itu tidak patut ada.

Mengapa? Ini kerana uri itu sendiri adalah cebisan yang hadir dari tubuh suami itu sendiri untuk bersatu dengan sang isteri bagi melengkapkan tumbesaran janin.

Gambar uri

Uri - Organ Pakai Buang Yang Terhasil Oleh Ibu Dan Ayah

Inilah keistimewaan uri yang masih ramai tidak menyedarinya. Sedar mahupun tidak, uri ini bukanlah organ yang dimiliki oleh si ibu itu sendiri tetapi ia adalah organ yang terhasil daripada pensenyawaan di antara telur dan juga sperma.

Sperma daripada si ayah pada mulanya akan bercantum dengan telur dan setelah itu akan melalui proses pembahagian sehingga membentuk blastocyst. Blastocyst inilah yang kemudiannya akan membentuk uri dan juga bayi.

Gambar ibu mengandung

Tiada organ pakai buang yang lain ke atas manusia selain uri. Setiap kali kehamilan akan disertakan dengan satu uri untuk setiap bayi dan ternyata betapa indahnya kejadian Allah SWT sehingga mampu menciptakan semua ini.

Hanya bermula daripada air mani suami sehingga mampu bersenyawa di dalam rahim isteri untuk turut membentuk uri dan bayi.

Namun janganlah hanya disebabkan sifatnya yang seolah seperti organ pakai buang maka benar-benar terus di buang begitu saja tanpa ingin menguruskannya secara baik.

Uri Adalah Organ Yang Sangat Sibuk

Berdasarkan pengetahuan dan pembacaan saya, uri adalah antara organ yang paling sibuk kerana ia akan bertindak sebagai kelenjar yang mengeluarkan pelbagai jenis hormon untuk memastikan bayi dapat bertumbuh dengan baik.

Antara hormon yang dirembeskan oleh uri ini adalah seperti:

Hormon hCG (Human Chorionic Gonadotropin)

Hormon ini meningkat dan memuncak pada akhir trimester pertama. Yakni ketika kandungan ibu berada pada usia 3 ke 4 bulan dan hormon hCG inilah yang selalunya dikaitkan dengan loya dan muntah (morning sickness) yang sering berlaku di awal tempoh kehamilan seseorang ibu itu.

Hormon Estrogen

Hormon estrogen pula berperanan untuk meningkatkan peredaran darah dan menggalakkan perkembangan rahim. Ia juga bertindak untuk menstimulasikan pertumbuhan tisu pada payudara sebagai persediaan untuk proses penyusuan dari ibu kepada bayi setelah dilahirkan nanti.

Gambar perkembangan benih bayi

Hormon Progesteron

Hormon Progesteron ini pula akan membantu mengekalkan dinding rahim untuk proses implantasi dan seterusnya menyokong proses kehamilan dengan menyediakan persekitaran yang selamat untuk bayi semasa berada di dalam kandungan.

Human Placental Lactogen

Hormon ini juga akan berfungsi untuk mempercepatkan metabolisme ibu hamil kerana ketika berlaku kehamilan, si ibu akan memerlukan tenaga yang amat banyak.

Tanpa Uri Tiadalah Bayi

Tidak hanya sebagai pengeluar pelbagai jenis hormon malah uri ini juga turut mempunyai tugasan lain yang sangat penting untuk memastikan janin berkembang dan membesar dengan baik di dalam rahim ibu sehingga ke tahap menjadi seorang bayi yang sangat comel dan sempurna.

Gambar bayi dalam uri

Tugasan yang di maksudkan ini adalah sebagai penghantar makanan kepada bayi dan juga sebagai pemberi nafas (oksigen) setiap masa untuk si bayi selama berada di dalam kandungan si ibu.

Maka cuba anda bayangkan pada tahap manakah kedudukan si uri ini dalam membantu anda untuk mendapatkan seorang zuriat yang bakal membuatkan kehidupan anda lebih bahagia itu.

Uri - Bukti Nyata Akan Kekuasaan-Nya

Kewujudan uri ini adalah bukti nyata akan kekuasaan-Nya yang perlu kita amati dan renungi setiap masa. Betapa hebat, agung dan tingginya rahmat Allah SWT sehinggakan begitu teliti dan sempurnanya proses sepanjang kehamilan itu yang hanya bermula dari cairan mani sehinggalah ke tahap pembetukan uri yang akan berfungsi sebagai pembantu untuk pembentukan seorang cahaya mata idaman yang sempurna. Uri dan bayi hanya akan terpisah saat tali pusat selamat di potong.

Gambar uri dipotong selepas dilahirkan

Sebagai seorang muslim kita tidak di ajar untuk terlalu berterima kasih secara berlebihan sehingga ke tahap seakan memuja sebaliknya memadailah dengan cara menguruskannya secara tertib termasuk membersihkan dan menanam melalui kaedah yang betul dan baik supaya tidak menjadi mangsa rakusan sebarang jenis haiwan yang ada di luar sana.

Tiada Masa Untuk Menguruskan Uri? Tidak Tahu Cara Dan Tiada Lokasi Untuk Menanamnya? Placento Sentiasa Sedia Membantu !!

Tidak dinafikan tentang kengkangan masa tatkala si ibu sudah selamat melahirkan anak, memang agak membataskan masa si ayah yang terpaksa berulang alik antara kediaman dengan hospital dan batasan waktu itu sering menganggu tugasan penting untuk menguruskan uri dengan baik dalam waktu yang cepat.

Gambar ahli Placento ambil uri untuk diuruskan

Ambil uri di Hospital Prince Court

Walaubagaimanapun, uri ini sebenarnya boleh diuruskan oleh sesiapa saja asalkan orang yang anda pertanggungjawabkan untuk menguruskan uri si manja anda itu dapat melakukannnya dengan betul berlandaskan Islam.

Inilah misi sebenar saya dan ahli tim Placento yang lain. Kami akan sentiasa bersedia membantu anda pada bila-bila masa saja, tidak kira siang mahupun malam demi memastikan uri tersebut dapat diuruskan dengan baik, cepat dan betul dalam tempoh masa 24 jam mengikut kaedah Islam itu sendiri.

Placento sedia membantu untuk basuh dan tanam uri anak anda

Isteri Bersalin? Rungsing Tentang Uri? Hubungi Placento Sekarang!

Ustaz Ahmad Basri
+6011 5684 4450
Founder #placento
www.placento.com