12 Langkah Panduan Lengkap Untuk Membasuh Uri Bagi Rujukan Para Ayah Mengikut Kaedah Islam

By Ustaz Basri | December 8, 2018

Di sini saya ingin kongsikan, 12 panduan lengkap langkah demi langkah, bagaimana cara untuk basuh uri bayi dengan betul mengikut kaedah Islam bagi rujukan para ayah khususnya.

Cara basuh uri bayi yang betul mengikut kaedah Islam ini sebenarnya tidaklah sesusah yang di sangka. Cuma mungkin disebabkan rasa tidak yakin saja hingga menyebabkan ada yang tidak berani untuk mencuba menguruskan uri ini.

Nasihat saya, jangan risau dan panik sebaliknya ikut langkah yang akan saya tunjukkan di sini langkah demi langkah, In sha Allah anda pasti akan dapat melakukannya.

Uri dalam bungkusan untuk Placento basuh dan tanam

Langkah 1

Sediakan bahan untuk basuh yang diperlukan.

Antara bahan untuk basuh uri yang diperlukan itu adalah :

  1. Uri
  2. Garam
  3. Asam Jawa
  4. Kain Putih
  5. Sarung tangan
  6. Besen
bahan-bahan untuk basuh uri

Jika ingin lebih mudah, anda boleh dapatkan Placento Kit lengkap dengan segala bahan yang diperlukan dengan hanya RM35 sahaja.

Untuk tempahan boleh terus klik DI SINI.

placento kit mengandungi bahan-bahan untuk basuh uri

Langkah 2

Setelah siap sedia semua bahan untuk basuh uri bayi ini, sekarang bolehlah dimulakan langkah yang berikutnya dimulakan dengan bacaan Basmalah.

mulakan dengan bismillah

Langkah 3

Pakai sarung tangan (glove) yang telah disediakan dan pindahkan uri bayi daripada dalam bungkusan ke dalam besen yang telah disediakan.

pindahkan uri ke dalam besen untuk dibasuh supaya jimat air

Langkah 4

Lumurkan keseluruhan uri dengan garam terlebih dahulu terutama pada bahagian atas dan dalam, setelah itu biarkan seketika. Proses ini adalah untuk mencairkan darah yang telah beku.

Langkah 5

Sementara menanti darah beku itu menjadi cair, basuh bekas plastik yang bungkusan uri tadi berulang kali sehingga betul-betul bersih.

Buang segala lebihan darah yang ada untuk mengelakkan daripada terjadinya bau busuk dan untuk menghindarkan daripada menarik benda yang lain juga terutamanya haiwan seperti anjing dan sebagainya.

Langkah 6

Setelah itu, kembali semula pada uri yang telah di lumur dengan garam tadi. Saat ini alirkan air secara terus pada uri demi untuk membersihkannya daripada segala darah yang ada.

alirkan air secara terus pada uri

Langkah 7

Gosok permukaan secara keliling dari luar ke dalam dengan menghala ke arah tali pusat.

gosok permukaan keliling ui menghala ke tali pusat

Langkah 8

Urut tali pusat dari pangkal hingga ke hujung supaya baki sisa darah yang ada dapat keluar melalui hujung tali pusat tersebut. Hati-hati kerana proses ini boleh mengakibatkan darah terpercik ke muka. Gunakan juga asam jawa untuk proses ini.

urut tali pusat untuk buang sisa darah

Langkah 9

Setelah selesai langkah #8 tadi, sekarang ini gosok pula pada bahagian dalam secara perlahan-lahan.

Lakukan proses ini dengan lemah lembut untuk menghindarkan daripada bahagian dalam uri terkoyak. Jika bahagian dalam terkoyak maka akan terlerai segala isi uri tersebut yang boleh menyusahkan keadaan. Setelah siap, toskan seketika.

Langkah 10

Sementara menunggu lebihan air pada uri ditoskan, bentangkan kain putih untuk proses terakhir iaitu proses membalut (bungkus).

Langkah 11

Setelah uri siap ditoskan, taburkan garam ke bahagian dalam uri secara menyeluruh, letakkan uri di atas kain putih yang telah dibentangkan sebagaimana contoh yang ditunjukkan melalui gambar yang di bawah ini.

tabur garam ke uri dan bentang atas kain putih

AWAS ! [ AMARAN KERAS ]

Jangan diletakkan sebarang benda asing ke dalam bungkusan seperti paku, pensil, besi, gunting dan sebagainya melainkan yang ada unsur saintifik yang kukuh sebagai contoh meletakkan garam atau limau nipis untuk membantu menghilangkan kesan bau darah dan juga untuk mempercepatkan proses supaya uri tersebut menjadi lebih cepat kecut atau hancur.

Langkah 12

Setelah itu sebagai langkah yang terakhir, ikatlah kain putih tadi dalam bentuk bunjut dengan kemas.

balut uri dengan kemas untuk ditanam

Selesailah sudah 12 langkah panduan lengkap untuk membasuh uri bagi rujukan ayah mengikut kaedah Islam.

Saya yakin anda pasti boleh melakukannya sendiri dengan mengikut panduan tersebut langkah demi langkah sebagaimana yang telah saya kongsikan tadi.

Jika dilihat semula, cara yang saya kongsikan ini sangat ringkas dan mudah saja. Yang pasti, uri ini adalah sebahagian daripada bayi dan ibu maka kerana itu ia perlu dijaga kemuliaannya dengan cara menyempurnakan dengan baik.

“Dari tanah kita diciptakan dan kepada tanah jua kita dikembalikan”

Jom sama-sama kita lakukan pengurusan uri secara Islam bersama PLACENTO.

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai panduan menguruskan uri ini, anda boleh terus hubungi saya :

Ustaz Basri Ahmad
+6011 5684 4450
Founder #placento
www.placento.com