Impak Tinggal Uri Di Hospital Yang Perlu Diketahui Umum

By Ustaz Basri | January 14, 2019

Zaman emak ayah kita dulu, uri ataupun tembuni bayi yang baru saja dilahirkan amat diberi perhatian yang sangat serius. Uri ataupun tembuni ini tidak akan sengaja ditinggalkan terutamanya di hospital dek kerana ingin menguruskannya dengan sempurna.

Apa yang diamalkan di zaman emak dan ayah kita dulu memang patut kita ikut kerana tindakan meninggalkan uri ataupun tembuni ini dengan sengaja di hospital adalah satu perbuatan yang patut dielakkan.

Ambil uri dari hospital

Elakkan membiarkan uri dihospital. Sebagai seorang Muslim, haruslah diuruskan uri itu.

Mengapa tidak patut meninggalkan uri bayi selepas dilahirkan ini di hospital? Ini kerana pihak hospital memang sama sekali tidak akan menyimpan uri bayi ini kerana pihak mereka sama sekali tidak mempunyai sebarang prosedur untuk menguruskan uri bayi yang sengaja ditinggalkan oleh mana-mana pihak.

Untuk pengetahuan anda juga, berdasarkan info yang saya terima, masih terdapat sekitar 30% orang melayu yang pastinya beragama Islam sejak lahir dengan sengaja telah meninggalkan uri bayi di hospital. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti terlupa dan juga kesibukan masa sehingga tidak mampu untuk menguruskan uri tersebut.

Di sini suka untuk saya kongsikan info apakah sebenarnya yang berlaku ke atas uri bayi anak kesayangan kita sendiri itu seandainya telah meninggalkannya di mana-mana hospital tempat bayi itu dilahirkan.

Uri yang diambil dari hospital dalam bunkusan plastik

Yang pertama, uri ini akan di campur secara menyeluruh dengan uri bayi yang lain termasuk yang bukan dari keturanan agama Islam. Uri-uri tersebut seterusnya akan dibersihkan secara bersama untuk menghilangkan kesan darah yang ada seberapa daya yang boleh supaya dapat segera di bakar.

Ya! Uri yang tidak dituntut ini akan di bakar bukannya di tanam sebagaimana yang lakukan oleh penganut agama Islam. Perkara inilah sebenarnya yang patut diberi perhatian.

Untuk pengetahuan semua, menurut Jakim uri bayi bagi umat Islam sama sekali tidak boleh di bakar dalam apa jua cara dan keadaan. Uri bayi untuk umat Islam seharusnya perlu di uruskan dengan cara menanamnya di dalam tanah bukannya dengan cara membakar di dalam api.

Ini kerana uri bayi adalah seumpama organ dari tubuh badan. Sebagai contoh seperti tangan yang terpaksa di potong dari tubuh seseorang disebabkan oleh sesuatu penyakit, maka tangan tersebut harus di tanam bukannya di bakar sesuai dengan cara penanaman jenazah yang melibatkan umat Islam itu sendiri.

Api yang membakar dengan teks FIRE

Sedih rasa di hati ini tatkala mendapat tahu masih ada segelintir daripada masyarakat kita yang beragama Islam dengan sengaja tidak membawa pulang uri untuk disempurnakan walaupun uri tersebut telah diberi oleh pihak hospital melalui jururawat yang bertugas. Perkara ini sepatutnya tidak patut berlaku.

Meskipun hukum menanam uri bayi ini bukanlah wajib tetapi adalah harus untuk kita membawanya pulang daripada bercampur dengan uri yang lain sehingga ke tahap akan di bakar.

Bayangkanlah, bagaimana uri itu telah diciptakan oleh Allah SWT untuk bersama bayi di dalam kandungan tetapi setelah segalanya selamat mengapa sanggup dengan sengaja meninggalkan uri tersebut dek kerana tidak ingin menguruskannya.

Di sini ingin saya pesan sekali lagi sebagai saudara sesama Islam. Seandainya anda bakal bergelar seorang ibu dan ayah dalam masa yang terdekat ini. Jika anda benar-benar tidak punya masa untuk menguruskan uri bayi kesayangan anda itu nanti, sudilah kiranya untuk menghubungi pihak PLACENTO pada bila-bila masa saja. Kami di Placento benar-benar sudi untuk menghulurkan tangan bagi membantu menguruskan uri yang bakal lahir itu nanti.

Whatsapp Placento supaya kami boleh bantu menguruskan uri bayi baru anda

Yang penting, tolonglah….. Tolong bawa pulang uri tersebut. Jangan sesekali dengan sengaja meninggalkannya di hospital. Pihak hospital tidak punya masa untuk menguruskannya satu persatu demi anda kerana mereka tidak mempunyai prosedur untuk itu.

Jika anda benar-benar prihatin dan bersyukur dengan anugerah Ilahi di atas kurniaan cahayamata anda itu, sila terima uri yang bakal di beri oleh jururawat nanti dengan wajah yang penuh ikhlas.

Sekali lagi saya ulangi, jika sekiranya anda tidak punya masa untuk menguruskan uri itu nanti silalah hubungi kami di Placento kerana kegagalan anda untuk membawa pulang uri itu dari hospital hanya akan menyebabkan uri itu bercampur dengan uri bukan Islam yang lain hingga terpaksa melalui proses pembakaran yang sama sekali tidak digalakkan oleh Islam.

Sekiranya isteri anda baru saja bersalin dan kebetulan pula anda telah terlupa untuk membawa pulang uri bayi tersebut, lekas… segera ke hospital itu semula untuk menuntutnya kembali sebelum terlambat.

Nasihat ikhlas dari saya sebagai saudara sesama Islam,

Ustaz Basri Ahmad
+6011 5684 4450
Founder #placento
www.placento.com