Faq Berkaitan Dengan Permasalahan Uri Dan Servis

By Ustaz Basri | January 28, 2019

Assalamualaikum pada anda semua.

Terima kasih banyak kerana sudi singgah di website Placento. Nama saya Ustaz Ahmad Basri yang akan sedaya upaya membantu menguruskan uri untuk bayi kesayangan Tuan Puan.

Di sini saya sertakan juga soalan berserta dengan jawapan yang sering diajukan pada saya berkaitan dengan servis yang saya tawarkan ini.

ustaz basri memegang uri hendak ditanam

Soalan yang selalu ditanya tentang Placento (FAQ)

Soalan # 1 : Di kawasan manakah Placento beroperasi?

Dalam waktu yang terdekat ini, Placento sedang beroperasi di sekitar kawasan Selangor seperti Lembah Klang, Putra Jaya dan Cyber Jaya.

Soalan # 2 : Apakah Placento juga turut ada untuk kawasan Johor Bahru, Melaka, Ipoh dan Seremban ?

Buat masa ini belum lagi dan saya memang sudah ada perancangan untuk meliputi kawasan tersebut juga. In sha Allah.

Soalan # 3 - Bilakah pihak Placento boleh datang mengambil uri ini?

Pihak saya boleh datang mengambilnya pada bila-bila masa mengikut keselesaan pada si ayah. Paling cepat, saya boleh datang mengambilnya dalam masa 3 ( tiga ) jam selepas dimaklumkan.

Soalan # 4 - Berapa lama proses tanam uri ini akan siap?

Saya akan melaksanakan amanah tersebut seberapa segera yang boleh. Kebiasaannya semua proses akan selesai dalam masa kurang daripada 24jam. Selepas Asar, In sha Allah uri sudahpun siap di tanam.

tim placento sedang menanam uri

Soalan # 5 - Bolehkah jika sekadar mahu meminta servis basuh uri sahaja?

Maaf, pihak Placento tidak menyediakan servis ala carte sebegitu. Sebaliknya saya akan bantu uruskan segalanya dari awal hingga akhir. Ini bagi memudahkan tugas dan menjimatkan masa si ayah itu sendiri supaya tidak perlu lagi berulang alik.

Soalan # 6 - Jika uri sudahpun di basuh tetapi ingin mohon bantuan pihak Placento untuk hanya menanamnya di tempat yang sesuai, adakah boleh begitu?

Sudahpun pernah terjadi sebelum ini. Saya menerima beberapa kes yang sepatutnya hanya perlu di tanam kerana uri telahpun siap di basuh. Tetapi akhirnya saya terpaksa membasuhnya sekali lagi disebabkan darah yang masih bersisa dengan agak banyak.

Almaklumlah, saya akan tanam di kawasan masjid dan surau maka seeloknya darah tersebut sudah kurang sepenuhnya supaya dapat mengurangkan risiko daripada menarik perhatian binatang buas.

Soalan # 7 - Kenapa di tanam secara terus tanpa menggunakan apa-apa bekas seperti orang dulu-dulu amalkan?

Bekas yang digunakan seperti orang dulu-dulu itu hanyalah untuk mengurangkan bau uri tersebut dari dapat di hidu oleh binatang buas dan ganas. Ianya juga untuk tampak lebih cantik dan manis di pandangan mata. Jika ingin saya menggunakan bekas tiada masalah. Boleh beritahu saya nanti.

Soalan # 8 - Dimanakah lokasi yang akan digunakan untuk menanam uri anak saya ini?

Pihak saya akan menanamnya di dalam kawasan perkarangan surau mahupun masjid yang berkerjasama dengan pihak Placento.

pihak Placento menanam uri dikawasan suraru atau masjid

Soalan # 9 : Sehingga pukul berapa pihak Placento beroperasi? Adakah boleh menerima tempahan pada hari yang sama?

Tempahan pada hari yang sama boleh di buat sehingga jam 4.30 petang, bergantung pada kawasan. Jika melebihi waktu tersebut, uri akan diambil pada keesokan paginya.

Soalan # 10 - Jika ditakdirkan isteri bersalin pada pukul 2 atau 3 pagi dan terus hubungi pihak Placento pada waktu itu juga melalui whatsapp, apakah boleh begitu?

Boleh saja. Tiada masalah. Saya akan alert untuk datang ambil uri pada siang hari nanti.

Soalan # 11 : Berapa lama uri ini boleh bertahan jika hanya dibiarkan dalam plastik?

Uri tersebut boleh bertahan dalam masa lebih kurang 24 jam.

Soalan # 12 : Dimana boleh saya simpan uri ini sementara menunggu pihak Placento datang mengambilnya nanti?

Anda boleh menyimpan uri di dalam peti ais pada bahagian biasa. Jangan sesekali diletakkan pada bahagian sejuk beku.

Soalan # 13 - Dimanakah lokasi yang paling sesuai untuk mengambil uri ini dari saya?

Terpulang pada diri tuan sendiri. Di manakah lokasi yang paling memudahkan untuk Tuan samada rumah ataupun hospital. Saya atau pegawai logistik Placento akan datang mengambilnya dari tangan Tuan.

pihak Placento mengambil uri dari seorang ayah di hospital pantai

Itulah serba sedikit senarai soalan dan jawapan yang dapat saya sediakan buat masa ini. Semoga ianya akan dapat menjawab beberapa soalan yang ada di minda Tuan Puan. Jika ada sebarang persoalan lain yang berkaitan, jangan malu dan jangan segan boleh terus menghubungi saya melalui panggilan mahupun whatsapp di talian : +601156844450

Sekian Terima Kasih,

Ustaz Basri Ahmad
+6011 5684 4450
Founder #placento
www.placento.com