DOA MUDAH BERSALIN SUPAYA TERHINDAR DARI KOMPLIKASI

Pengorbanan ibu ini terlalu besar sehinggakan ibu sanggup melupakan kesakitan dan keperitan yang akan dihadapinya demi anak yang dinantikannya.

Mengandung selama 9 bulan itu sudah cukup mencabar bagi si ibu apatah lagi proses melahirkan yang dikatakan hampir sama seperti ditarik nyawa. Walaupun kesakitan yang dihadapi setiap wanita itu berbeza-beza namun, setiap yang ditempuh sudah cukup memberikan pengalaman luar biasa kepada si ibu.

Walaupun tiada penawar lain yang boleh diberikan kepada si ibu untuk menahan kesakitan namun, anda sebagai ibu boleh mengamalkan beberapa doa untuk dipermudahkan proses bersalin.

DOA MUDAH BERSALIN (DOA NABI YUNUS)

Kita disarankan untuk meletakkan sepenuhnya kebergantungan kepada Allah SWT sepanjang proses bersalin. Sakit bersalin itu terlalu sakit untuk dibayangkan. Saat senggugut saja kadang-kadang tak tahan untuk dirasa, apatah lagi sakit bersalin ini. Jadi, para suami juga perlu mendoakan kemudahan proses bersalin isteri dan juga keadaan yang terbaik untuk si ibu dan anak.

In shaa Allah doa suami yang soleh buat isteri dan anak tersayang akan didengari Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang itu. Jadi, titipkan doa dengan penuh rasa pengharapan dan ikhlas kepada Allah dan mudah-mudahan Allah akan memudahkan urusan.

DOA MUDAH BERSALIN (DIBERIKAN KEMUDAHAN DAN KEBAIKAN)

Setiap doa yang dizahirkan sebaiknya perlu bersama pengharapan yang memohon kepada dua perkara iaitu kemudahan dalam melahirkan cahaya mata serta memohon kebaikan dan pengakhiran yang terbaik dalam proses bersalin.

DOA MUDAH BERSALIN (DOA TAWAKKAL)

Jika anda bertanya kepada kaum wanita tentang kesakitan yang dihadapi saat melahirkan, pasti saja mereka menjawab sakitnya tak mampu digambarkan. Namun begitu, mengapa para wanita mulia ini masih tidak berhenti berkorban melahirkan cahaya mata Islam ini?  Walaupun sakit, mereka tidak serik untuk mengalami momen indah ini berulang kali.

Ini kerana segala sakitnya diserahkan sepenuhnya kepada Allah supaya dipermudahkan. Sehinggakan ada sesetengah ibu yang melupakan terus kesakitan itu demi menantikan cahaya mata yang disayangi serta menikmati momen indah saat bayi di dalam kandungan dan menatapnya buat kali pertama.

Indah bukan nikmat Allah?

Jadi untuk para ibu, bawalah doa-doa ini sebagai amalan dari hari pertama anda disahkan hamil. Semoga dengan berkat doa ini, urusan anda sepanjang tempoh kehamilan dan bersalin dipermudahkan dan sentiasa diberkatin-Nya.

Anda juga mungkin meminati: Apa perlu buat jika ada masalah uri?

Scroll to Top