Pernah dengar beberapa fakta menarik tentang uri?
Uri atau plasenta merupakan organ penting saat wujudnya si kecil dalam kandungan ibu. Ia kaya dengan saluran darah yang membantu kepada perkembangan bayi di dalam kandungan dengan menghantar beberapa nutrisi penting yang diperlukan.
Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu fungsi dan keistimewaan uri ini yang akan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan bayi.
Kami di Placento akan mengupas beberapa fakta menarik tentang uri supaya kita lebih mengenali dan menghargai uri dan menguruskannya dengan cara yang terbaik.
1. Membuat ibu moody
Kadang-kadang tertanya-tanya jugak kan, ‘kenapa lah ibu mengandung ni cepat moody’ lepas tu emosi pulak asyik tak stabil je.
Kadang-kadang tu ada ibu mengandung yang habiskan seharian masanya dengan menangis saja disebabkan emosi yang sensitive dan semua perkara menyentuh hati.
Haa, kalau nak tahu, ketika hamil, uri yang terhasil akan bertindak sebagai kelenjar yang membantu keluarkan pelbagai hormon dalam memastikan perkembangan bayi. Antara hormon yang terlibat adalah hormon hcG, hormon estrogen, hormon progesterone dan human placental lactogen.
2. Menghantar makanan pada bayi
Makanan yang diterima bukanlah terus daripada bentuk makanan yang dimakan oleh si ibu. Hakikatnya, bayi hanya akan menerima nutrien yang dihasilkan setelah pencernaanmakanan dihasilkan dan diserahkan melalui aliran darah.
3. Bekerja keras & membuatkan si ibu letih
500 ml akan dihantar ke rahim untuk bertukar nutrisi melalui uri. Uri akan berkerja keras walaupun pada saat ibu sedang tidur.
Haa, sebab itu juga lah para ibu cepat mengah dan letih dengan keadaan semasa.
4. Bernafas untuk bayi
Selain menyalurkan makanan, uri juga membantu membekalkan oksigen kepada bayi menerusi tali pusat.
5. Organ pakai buang yang dihasilkan daripada ibu dan ayah
Yang menariknya tentang uri ini, ia bukanlah organ yang dimiliki oleh ibu mahupun bapa. Tetapi sebaliknya ia adalah organ yang terhasil daripada persenyawaan telur dan sperma. Sel-sel ini yang membentuk blastocyst ini kemudiannya akan membentuk uri dan juga bayi.
Uri ini juga dipanggil sebagai organ pakai buang yang mana ia berhenti berfungsi dan perlu disingkirkan selepas bayi dilahirkan.
6. Membekalkan antibodi dan imuniti
Tahukah anda? Uri juga akan menghantar antibodi kepada bayi bagi membekalkan perlindungan terhadap sistem imuniti si kecil.
Setelah tersingkirnya uri pada saat bayi dilahirkan, badan si ibu secara automatiknya akan menghasilkan hormon prolaktin yang menggalakkan penghasilan susu badan.
Justeru, bayi akan mendapat antibodi yang seterusnya melalui susu badan ibu ini.
7. Tidak perlukan isyarat daripada otak
Ajaib! Keajaiban kurniaan Allah sekali lagi dibuktikan oleh kewujudan uri yang boleh berkembang dan berfungsi dengan baik walaupun tidak mendapat isyarat daripada otak. Ianya berbeza dengan organ-organ lain yang memerlukan otak untuk berfungsi.
Ringkasnya, walaupun uri ini jarang diperkatakan umum namun, fungsinya yang luar biasa memberikan keistimewaan yang tersendiri. Jadi uri perlulah diuruskan dengan baik dan betul supaya dapat memuliakan tuannya.
Ikuti Facebook kami untuk maklumat lanjut: Placento
Anda juga mungkin meminati: Cara Keluarkan Uri Selepas Bersalin