Bila saja kita menginjak ke alam dewasa dan mendalami dunia berumah tangga, isu dan situasi mengenai kelahiran dan kekeluargaan sering saja diajukan.
Sesetengah daripada kita pasti ada yang berasa jemu dengan soalan-soalan ini. Namun, tahukah anda soalan yang diajukan ini, sedikit sebanyak mungkin akan membantu kita dalam mengenal pasti masalah terutamanya kepada wanita yang baru sahaja ingin bergelar ibu.
Sebagai contoh, persoalan yang dikaitkan dengan isu kesihatan, mungkin akan menyebabkan kita menyedari bahawa terdapat apa-apa isu atau masalah yang mungkin sedang berlaku kepada kandungan seperti kelahiran songsang.
Jadi, masalah tersebut akan dapat diselesaikan dengan cara segera rujuk kepada doktor atau individu yang lebih pakar.
Antara masalah yang selalu sahaja ditakuti oleh para ibu mengandung adalah keadaan uri dalam kandungan. Sebagai contoh, keadaan uri yang berada di bawah. Ia berada di bawah selari pintu Rahim dan menghalang proses kelahiran bayi.
Bahaya? Memang sangat bahaya. Sakit, apatah lagi.
Setiap kali janin bergerak, si ibu pasti akan merasakan kesakitan disebabkan oleh uri yang ditekan. Si ibu juga akan berisiko untuk mengalami pendarahan. Keadaan uri di bawah dan menutupi laluan serviks ini mungkin akan menyebabkan bayi tidak dapat lahir secara normal.
Jenis – jenis keadaan uri
Jika anda ingin tahu, terdapat dua jenis keadaan yang mana uri berada di bawah dan ini termasuklah:-
1. Marginal
Pada keadaan ini, uri akan berada pada kedudukan sekurang-kurangnya 2 cm dari bukaan serviks dan tidak sehingga menutup laluan. Jadi, si ibu masih boleh melahirkan secara normal.
2. Complete
Namun begitu, pada keadaaan complete, uri secara sepenuhnya akan menutupi bahagian pintu Rahim dan si ibu terpaksa melahirkan secara pembedahan.
Selain itu, jika keadaan menjadi semakin teruk dan mengancam nyawa si ibu dan bayi, kelahiran bayi secara pra-matang pasti akan berlaku.
Kedudukan uri si ibu yang berada di bawah rahim juga menyebabkan bayi selesa berada kedudukan yang songsang.
Jenis Kelahiran Songsang
1. Songsang ‘frank’
Kaki terletak berhampiran kepala dengan keadaan punggung ingin keluar dulu.
2. Songsang ‘complete’
Lutut bengkok dengan kaki terletak berhampiran punggung.
3. Songsang ‘footling’
Satu kaki dalam keadaan ingin keluar dahulu.
Namun begitu, masalah-masalah seperti kelahiran songsang ini mungkin dapat diselesaikan sekiranya si ibu bertindak merujuk kepada pakar dan mengubatinya sebelum kandungan masih berada pada usia 32 minggu.
Jadi, adalah sangat penting untuk anda sentiasa berjumpa dengan doktor sepanjang kehamilan untuk mengelakkan sebarang masalah serius pada kandungan.
Jangan risau, setiap permasalahan pasti sahaja ada solusinya. Yang penting anda sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik. Okay? Teruskan pembacaan bersama kami di Placento