IBU YANG HAMIL DENGAN URI DI BAWAH, PERLU JAUHI BEBERAPA LARANGAN INI.

Kenapa ramai ibu bapa yang tidak mahu berjumpa dengan doktor lepas saja tahu tentang kewujudan bayi dalam kandungan?

Walaupun kami faham ada segelintir yang berhadapan masalah kesempitan wang tapi tahukah anda, meninggalkan janji temu bersama doktor boleh beri impak buruk juga pada bayi.

Runsing macam mana?

Okay sebenarnya bila anda tinggalkan janji temu bersama doktor, masalah-masalah pada kandungan pastinya tak dapat dikenal pasti dengan lebih awal.

Salah satu daripadanya adalah masalah uri di bawah. Bahaya kalau tak dikenal pasti lebih awal dan boleh membahayakan ibu dan kandungan.

DEFINISI

Pernah dengar masalah low lying placenta atau uri di bawah?

Kalau korang nak tahu masalah ni jarang dialami kebanyakan wanita namun ia sangat berbahaya dan berisiko kepada yang mengalaminya.

Uri di bawah adalah satu keadaan di mana uri berada berhampiran serviks ketika kehamilan. Ia sangat berisiko jika ia menutup laluan rahim kerana

Biasanya keadaan ini dikenalpasti pada trimester ketiga, melalui ujian ultrasound pada minggu ke-28.

PUNCA MASALAH PADA URI

Punca utama masalah uri masih tidak dapat diketahui dengan jelas namun ada beberapa faktor yang menyebabkan masalah pada uri. Masalah uri di bawah akan menyebabkan berlakunya beberapa komplikasi seperti pendarahan yang banyak, kelahiran pramatang dan juga kelahiran secara pembedahan.

Pendarahan dahsyat akan terjadi kalau langkah pencegahan tak diamalkan. Bahayanya masalah ini adalah bila pendarahan dahsyat berlaku dan menyebabkan si ibu kekurangan darah. Ia boleh membawa kepada beberapa masalah lain seperti renjatan dan berakhir dengan kematian. Risau kan?

BAGAIMANA PENDARAHAN BOLEH TERJADI?

Bahagian serviks akan mula merenggang dan terbuka mengikut kebesaran bayi dalam kandungan untuk membenarkan kelahiran. Ia menyebabkan uri tercabut daripada bahagian rahim dan menyebabkan nyawa ibu dan anak dalam bahaya.

Walau bagaimanapun, ada juga isu yang mana uri di bawah ini boleh dinaikkan kembali dengan beberapa teknik. So, korang perlu sentiasa menghadiri temujanji bersama doktor untuk memeriksa kedudukan uri ini agar berada pada kedudukan yang normal.

Kalau dah normal, boleh lah bersalin secara normal, In Shaa Allah tak perlu gunakan prosedur pembedahan.

LARANGAN YANG PERLU DIIKUTI

  • Elakkan mengangkat dan membuat kerja berat.

Memandangkan uri berada di bawah dan menutup pintu rahim, jadi aktiviti mengangkat berat akan menyebabkan pendarahan yang serius.

  • Proses kelahiran secara pembedahan

Ibu dengan keadaan uri di bawah akan bersalin secara czer untuk mengelakkan kontraksi rahim yang serius, pendarahan yang teruk serta mengelakkan bayi lemas.

  • Segera berjumpa dengan doktor

Macam yang diterangkan sebelum ni, pendarahan yang terjadi tidak akan menyebabkan kesakitan namun, para ibu tidak boleh mengabaikan saja gejala-gejala lain yang muncul. Sebaiknya perlu segera berjumpa pakar supaya tidak terjadi perkara tak diingini.

So kepada ibu ibu sekalian, jauhi larangan ini untuk pastikan anda jauh daripada komplikasi yang akan terjadi sewaktu kehamilan.

Scroll to Top