Walaupun ramai yang tahu proses kehamilan akan melalui 3 fasa iaitu trimester pertama, trimester kedua dan trimester ketiga. Namun, ada juga yang tidak tahu waktu spesifik dan juga situasi yang berlaku pada setiap fasa itu.
Kalau anda nak tahu, trimester ketiga akan bermula pada minggu ke 25 sehingga lah minggu ke 40. Trimester ketiga ini adalah yang paling mencabar mental serta fizikal si ibu sekaligus si bapa yang perlu menguruskan keluarga.
Banyak perkara yang akan dihadapi si ibu yang menguji ketahanan dan pengorbanannya. Namun konsep keibuan tidaklah bergantung kepada “ibu yang paling banyak kesakitan, adalah ibu yang sebenar” yang menjadi stigma masyarakat sekarang.
Hakikatnya, setiap wanita yang mempunyai sifat kasih dan rasa sayang terhadap anak kecil adalah seorang ibu. Tak perlu lagi dibanding-bandingkan kesusahan yang ada.
TEMPOH MENGIKUT TRIMESTER
- 28 -31 minggu
Pada saat ini usia kandungan telah mencapai 7 bulan yang mana janin masih mula berkembang dan warnanya sudah makin kemerahan. Pada waktu ini, ibu bapa makin digalakkan untuk berkomunikasi dengan bayi dalam kandungan kerana mereka sudah mula mendengar dan menggerakkan badan sebagai respon terhadap komunikasi itu.
- 32 – 35 minggu
Berat janin ketika ini sudah mencapai tahap ideal dan badannya telah mampu melawan beberapa penyakit.
- 36 – 40 minggu
Haa tepat 9 bulan usia kandungan ini lah waktunya segala organ bayi telah terbentuk dengan sempurna. Matanya sudah mula berkedip-kedip, rambut sudah menutupi kepala dan kuku juga sudah mula tumbuh.
AMALAN YANG PERLU DIELAKKAN
- Terlalu banyak ambil kafein
Kandungan kafein yang terlalu banyak akan membuatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung ibu meningkat disebabkan oleh dehidrasi yang terjadi. Bahan perangsang pada kopi akan menyebabkan si ibu ingin sering membuang air yang seterusnya membawa kepada dehidrasi.
Selain itu, ia akan mendedahkan ibu kepada beberapa komplikasi sewaktu bersalin kerana kekurangan zat besi.
- Senaman dengan tekanan pada perut
Secara jujur, ibu-ibu hamil digalakkan melakukan senaman kecuali senaman berat yang boleh membahayakan kandungan. Jadi, utamakan keselamatan dengan hanya mengamalkan low-impact aerobic.
- Makanan laut mentah dan tinggi merkuri
Walaupun seafood adalah makanan yang tinggi omega-3 untuk ibu hamil tetapi, jika dimakan terlalu banyak seafood mentah dengan kadar merkuri yang tinggi, ia boleh mengganggu perkembangan otak dan sistem saraf bayi.
Ini adalah antara larangan yang perlu diikuti ibu hamil yang berada pada tahap trimester ketiga untuk memastikan tiada perkara yang tak diingini berlaku.