JANGAN SKIP PANTANG LARANG SELEPAS GUGUR UNTUK ELAKKAN RISIKO BAHAYA PADA IBU

Apa yang perlu dilakukan oleh ibu hamil yang baru saja gugur?

Perlu ke berpantang selepas mengalami keguguran?

Apa kesan kalau tidak berpantang?

Masih boleh mengandung ke jika sudah banyak kali mengalami keguguran? 

Soalan yang tidak asing lagi dan pasti saja timbul dalam kalangan ibu yang bakal serta sudah mendapat zuriat.

Untuk pengetahuan anda, wanita yang mengalami keguguran tidak akan terkecuali daripada proses berpantang. Malah jika diikutkan, mereka perlu berpantang selama 44 hari sama seperti ibu yang telah bersalin namun begitu, ia mungkin agak mustahil.

Jadi, kebanyakan wanita hanya mengamalkan berpantang selama 14 hari sahaja untuk menjalani proses pemulihan badan.

AKTIVITI BERPANTANG SELEPAS KEGUGURAN

  • Jaga pemakanan

Nak pulihkan badan ini boleh dilakukan dengan mengambil pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan. Sesuatu kategori makanan itu tidak boleh diambil terlalu banyak ataupun terlalu sikit kerana ia akan memberi kesan buruk pada badan.

  • Tidak melakukan kerja berat

Kata orang, kalau buat kerja-kerja berat lepas bersalin atau keguguran ni, boleh menyebabkan rahim jatuh. Sebenarnya, tiada lagi kepastian atau bukti yang menguatkan fakta itu. Tapi, tak salahkan kalau kita ikut petua orang tua-tua untuk kesihatan ni selagi tak bercanggah dengan hukum syariat? 

  • Memakai stoking

Selain dikatakan untuk mengelakkan angina masuk dalam badan, pemakaian stoking juga boleh maintainkan suhu normal pada badan. Ia juga mengurangkan risiko kecederaan pada kaki serta dapat mengelakkan deep vein thrombosis iaitu suatu pembekuan darah pada betis.

  • Sanggulkan rambut

Membuat sanggul rambut yang tinggi atas kepala ini dikatakan boleh membantu mengelakkan angin dan juga migraine pada kepala.

TERUK KE KESAN JIKA TAK BERPANTANG?

Walaupun umum menyarankan untuk turut berpantang selepas keguguran namun, masih ramai wanita yang mengendahkannya. Anda mungkin tidak nampak kesannya sekarang tetapi ia akan jelas terlihat setelah melalui beberapa proses kehamilan dan peningkatan usia.  

Kebanyakan wanita yang tidak ikut berpantang ini akan mengalami beberapa masalah pada badan kelak seperti lenguh badan, sakit pinggang dan sebagainya. Ia juga mungkin akan mengganggu kehamilan akan datang seperti masalah pada uri.

Ibu yang pernah mengalami keguguran juga sepatutnya tidak menyalahkan diri sendiri sebagai penyebab keguguran. Ia mungkin akan membawa kepada ketidakstabilan emosi yang turut menyukarkan proses untuk hamil sekali lagi.

Kesimpulannya walaupun kini ramai yang mula mengendahkan dan tidak mempercayai pantang larang yang sering disebut-sebut namun, sebenarnya ia turut memberi kesan dan membantu proses pemulihan badan. Asalkan tidak melanggar segala syariah Islam, tiada masalah untuk anda mengikut dan mengamalkannya.

Scroll to Top