KAEDAH BERSALIN YANG PATUT ANDA TAHU

Walaupun anda sebagai ibu bapa sudah membuat pelbagai persiapan selama 9 bulan untuk menyambut si kecil, namun semakin dekat due date, rasa nervous dan takut itu tidak akan hilang.

Sebaliknya, dirasakan ilmu yang ada itu tidak mencukupi.

Ibu bapa perlu tahu tentang beberapa kaedah bersalin yang diperkenalkan dan memahami setiap risiko disebalik setiap kaedah itu. Ini kerana kita hanya dapat merancang dan berdoa agar proses itu berjalan lancar namun, takdir Allah yang menentukan segalanya.

KAEDAH BERSALIN

Ada 5 jenis kaedah bersalin yang diperkenalkan kini dalam dunia perubatan seperti:-

1. Bersalin melalui vagina

Dengan cara ini, bayi akan dikeluarkan melalui saluran peranakan si ibu yang digalakkan oleh pakar melainkan terdapat komplikasi lain.

Walaupun pelbagai jenis kelebihan yang diperolehi seperti kadar jangkitan yang rendah, tidak terlalu lama di hospital dan rendah risiko terhadap pernafasan bayi namun, beberapa proses lain masih tetap diperlukan.

Ini termasuklah episiotomi yang melibatkan pemotongan pada bahagian dubur dan vagina serta amniotomi yang melibatkan proses memecahkan air ketuban.

2. Pembedahan atau C-section

Jika si ibu mengalami komplikasi sebelum atau pada saat melahirkan, kaedah czer akan diberi keutamaan. Proses ini akan melibatkan pembedahan di kawsan abdomen dan uterus si ibu.

Antara komplikasi yang mungkin boleh menyebabkan penggunaan kaedah ini adalah bayi yang besar, anak kembar, uri di bawah, masalah fibroid dan juga bayi songsang.

3. Bantuan forcep

Kaedah ini akan membenarkan forcep digunakan untuk menyepit kepala bayi bagi membantunya keluar dari saluran peranakan.

4. Bersalin secara normal selepas czer

Kaedah yang dikenali sebagai VBAC (vaginal birth after caesarian) ini merupakan teknologi terkini yang membantu wanita bersalin secara normal walaupun sebelum ini pernah melahirkan secara czer.

5. Bantuan vakum

Buat ibu yang mengalami kesukaran untuk menaran, bantuan vakum seakan cawan akan digunakan untuk menarik kepala bayi keluar dari saluran peranakan.

TANDA AWAL BERSALIN

Proses bersalin sangat unik dan berbeza oleh setiap wanita dan tanda-tandanya akan diperolehi dalam masa 3 minggu sebelum kelahiran.

  1. Kepala bayi turun ke pelvis
  2. Sakit belakang
  3. Kerap ke tandas untuk membuang air kecil
  4. Pecah air ketuban
  5. Kontraksi
  6. Pendarahan

APA YANG PERLU DILAKUKAN

3 tanda terakhir yang dinyatakan adalah tanda-tanda serius wanita telah menghampiri due time nya.

Jadi, anda perlu segera menghubungi doktor dan bergerak ke hospital jika berlakunya tanda-tanda seperti ini dengan gejala seperti sakit dada, sesak nafas, pening dan pitam.

Jika doktor menyatakan ianya masih terlalu awal, anda perlu mengamalkan aktiviti seperti kerap berjalan, bagi meningkatkan bukaan rahim dan makan dan minum dengan cukup bagi membekalkan tenaga yang mencukupi semasa proses bersalin.

Kalau tak ada tenaga, macam mana nak meneran dengan baik kan?

Ringkasnya, setiap individu akan menghadapi proses yang berbeza-beza dan unik. Jadi, tidak perlu dibandingkan kesusahan dan keperitan yang bakal dihadapi. Sebaliknya, para ibu bapa di luar sana perlu menikmati momen momen indah ini bersama demi menantikan si cilik yang tersayang.

Ikuti Facebook kami untuk maklumat lanjut: Placento

Anda juga mungkin meminati: Pantang Bersalin?

Scroll to Top