KENALI WAKTU SESUAI MENANAM URI

Bilakah waktu sesuai menanam uri?

Siapakah yang sepatutnya menguruskannya?

Tanggungjawab menguruskan uri bayi akan diberikan kepada bapa setelah si ibu berjuang melahirkan anak.

Jadi para bapa sekalian, bersediakah anda untuk menguruskannya?

Jangan takut, jangan risau. Pengurusan uri ini adalah sangat ringkas dan mudah serta tak banyak proses pun untuk lakukannya.

Perhatikan dengan baik setiap langkah yang kami kongsikan supaya anda tidak keliru lalu buntu!

CARA MENGURUSKAN URI

Keutamaan pengurusan ini sebenarnya terbahagi kepada 2 cara sahaja iaitu membersihkan dan juga menanam.

Uri perlu dibersihkan dengan teliti untuk menghilangkan segala bau hanyir darah yang terdapat padanya.

Jika bau ini tidak dibersihkan atau dihilangkan, ia akan menarik perhatian haiwan-haiwan liar untuk memakan dan menjadikannya sebagai santapan.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan adalah:-

  1. Membasuh uri dengan aliran air paip yang bersih tanpa menggunakan sabun.
  2. Lumur uri dengan garam atau limau atau asam jawa bagi mengurangkan bau hanyir.
  3. Balut uri dengan kain atau plastik sebelum ditanam.
  4. Tanam pada kedalaman yang sesuai dan sukar bagi haiwan menggalinya.
  5. Iringi aktiviti dengan bismillah dan selawat sebagai berkat.

WAKTU SESUAI MENANAM URI?  

Ada juga sesetengah pelanggan yang bertanya,

“macam mana kalau kami dapat uri pada waktu malam? Adakah perlu ditanam segera ataupun boleh disimpan sahaja dulu?”

“macam mana pula adab menyimpannya secara sementara?”

Okay, ini adalah soalan yang bagus kerana kami percaya bukan hanya seorang, tatapi sebenarnya ramai bapa yang memikirkan perkara yang sama.

Tambah-tambah lagi bila selesai menunggu anak dilahirkan pada waktu tengah malam, dan terus diberikan bungkusan uri untuk diuruskan.

Boleh blur juga tu macam mana nak uruskannya tengah-tengah malam macamtu.

Sebagai pengetahuan, adalah tidak wajib untuk anda terus menanam uri tersebut pada hari yang sama.

Anda boleh menyimpan dahulu bungkusan uri tersebut di dalam peti sejuk namun dengan bungkusan yang sesuai dan berbeza.

Jangan pula ada yang menggorengnya kerana ingat menganggapnya daging lembu atau kambing.

Walaupun ada yang kata simpan uri dalam peti sejuk akan buatkan bayi menggigil kesejukan, tetapi ia sebenarnya adalah mitos semata-mata.

Simpan sahaja dulu dalam peti ais dan tanam pada waktu yang sesuai dalam tempoh pagi sehingga petang.

Sudah jelas dengan pertanyaan ini?

Dapatkan lebih jawapan yang diperlukan bersama kami berkenaan soalan uri di fikiran anda.

Anda juga mungkin meminati: Jangan ambil mudah masalah pada uri!

Ikuti Facebook kami untuk maklumat lanjut: Placento

Scroll to Top