KEPENTINGAN PENGURUSAN URI SELEPAS BERSALIN YANG RAMAI AMBIL MUDAH

Pernah dengar tentang pengurusan uri selepas bersalin?

Ada tak antara pembaca kami yang bakal menjadi ibu bapa buat kali pertama?

Pasti anda tertanya-tanya, apa yang patut di ambil tahu saat lahirnya si kecil di dunia?

Hakikatnya, terlalu banyak. Jadi teruskan membaca artikel-artikel penting dari kami untuk kegunaan masa hadapan.

PROSEDUR BAYI SELEPAS LAHIR

Untuk pengetahuan anda, perut dan rahim ibu tidak akan kecut terus ye selepas bayi dilahirkan dan proses kelahiran juga tidak akan habis setakat itu sahaja.

Ianya akan diteruskan dengan beberapa proses penting untuk memastikan keadaan si ibu baik dan pulih seperti sedia kala.

  1. Doktor memotong tali pusat bayi.
  2. Ibu diberi peluang untuk memilih sama ada ingin terus memegang si kecil atau tunggu dahulu sehingga bayi dibersihkan.
  3. Ibu boleh memilih proses terbaik uri dikeluarkan oleh doktor.
  4. Pernafasan si kecil akan diperhatikan setiap 1 dan 5 minit.

ADAB MENYAMBUT SI KECIL

Penantian selama 9 bulan atau kurang pastinya memberi seribu satu perasaan yang susah untuk digambarkan oleh ibu bapa yang baru sahaja mendapat cahaya mata.

Sakit perit berjuang di dewan bersalin boleh hilang dalam sekelip mata saat si ibu menatap indah wajah bayinya. Sudah pasti segala yang indah itu pasti lagi bermakna jika ibu bapa menyambut kelahiran itu dengan adab-adab yang baik sebagai contoh, mengamalkan pengurusan uri selepas bersalin.

  1. Penyambut bayi

Walaupun ramai yang mempertikaikan tindakan segelintir ibu yang memohon doktor wanita untuk menyambut bayinya namun sebenarnya, itu adalah perkara yang terbaik.

Doktor muslimah atau bidan akan diutamakan untuk menyambut bayi Islam namun, jika tiada, tanggungjawab itu boleh diserahkan kepada doktor perempuan non-Muslim.

Jika permintaan ini masih tidak dapat ditunaikan, ia boleh dipertanggungjawabkan oleh doktor Muslim dan seterusnya lelaki non-Muslim. Tidak akan menjadi suatu masalah yang besar dan tiada isu sensitif untuk itu.

  • Azan dan Iqamat

Oleh kerana bayi yang baru lahir mempunyai pendengaran telinga yang baik, jadi Islam menganjurkan si bapa atau wali untuk mengazankan bayi di telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri.

Bapa juga dituntut untuk sering membaca beberapa surah pada si bayi seperti Al-Qadr di telinga kanannya dan Al-Ikhlas di telinga kirinya.

  • Pengurusan uri selepas bersalin

Pihak hospital akan menyerahkan uri bayi kepada si bapa untuk diuruskan. Jadi, si bapa perlu mengambil tahu pengurusan uri selepas bersalin yang penuh adab dan tertib mengikut syariat Islam dan menghindari amalan khurafat.

PENGURUSAN URI

Ramai yang sering mendengar tentang beberapa jenis proses bersalin tetapi tak ramai yang ambil tahu tentang adanya uri yang akan dikeluarkan setelah lahirnya bayi.

Untuk pengetahuan anda, ibu berhak memilih jenis proses pengeluaran uri dari rahim. Ini kerana ia adalah salah satu proses penting selepas melahirkan kerana jika tidak diuruskan dengan baik, ia akan mengundang bahaya kepada kesihatan si ibu.

Jadi, jangan ambil mudah!

  1. Dapat mengelakkan amalan khurafat yang diamalkan sesetengah pihak.
  2. Menanam uri di tempat yang baik dengan penuh adab akan memuliakan tuannya.
  3. Uri merupakan darah daging yang telah banyak membantu dalam proses pengembangan si bayi dalam kandungan jadi, menguruskannya dengan langkah yang betul adalah terbaik.

Secara ringkas, setiap apa yang disarankan atau dianjurkan Islam pastinya mempunyai hikmah di sebaliknya. Pengurusan yang baik sudah pasti memberikan Memberikan kesan yang baik kepada si bayi kelak. Islam itu indah, begitu juga kelahiran. Jadi, uruskan segalanya dengan cara yang paling baik dan jangan sia-siakan setiap kelahiran dan amanah yang telah dikurniakan.

Anda juga mungkin meminati: Cara Mudah Basuh Uri!

Ikuti facebook kami untuk maklumat lanjut: Placento

Scroll to Top