Tahukah anda, komplikasi Covid-19 pada wanita hamil adalah isu terbesar beberapa bulan yang lalu. Risikonya adalah sangat besar dan boleh mengundang maut.
Ini disebabkan oleh kriteria Covid-19 yang menyukarkan pernafasan setiap pesakitnya dan individu yang berisiko akan memerlukan bantuan pernafasan daripada mesin.
Okay, bayangkan sahaja jika yang terinfeksi ini menghampiri hampir separuh daripada masyarakat dan kesemuanya memerlukan bantuan yang sama? Cukup kah penggunaan mesin ini terhadap kesemua pesakit yang memerlukan?
Jelas sekali tidak.
Namun begitu, kewujudan vaksin yang didapati kini membantu mengelakkan komplikasi Covid-19 pada wanita hamil yang berisiko daripada dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
KOMPLIKASI KEPADA IBU HAMIL
Antara komplikasi yang akan dihadapi termasuklah radang paru-paru, kegagalan buah pinggang, masalah neurologi, masalah mental dan masalah gastro usus. Komplikasi akan menjadi lebih tinggi jika usia kandungan telah melebihi 20 hingga 26 minggu.
Kehamilan menyebabkan wanita merupakan individu berisiko untuk terdedah kepada Covid-19 namun tiada bukti yang menunjukkan jangkitan virus ini akan menyebabkan keguguran.
Tetapi sebaliknya, demam dan kekurangan oksigen sebagai komplikasi akan menyebabkan si ibu melahirkan anak yang pra-matang, corak degupan janin yang tidak normal dan juga air ketuban pecah awal sebelum tempoh bersalin.
PENGGUNAAN VAKSIN TERHADAP IBU HAMIL
Kajian membuktikan bahawa badan wanita hamil yang sudah terima vaksin Covid-19 telah membina antibodi terhadap virus itu. Baru-baru ini telah didapati bahawa antibody yang dinyatakan ini berada pada darah tali pusat bayi yang baru lahir.
PENGURUSAN URI BAGI INDIVIDU YANG DIJANGKITI COVID-19
Setiap sisa buangan dari hospital akan dilupuskan di loji pembuangan sisa klinikal dengan cara yang disyorkan oleh kerajaan. Hal ini termasuklah sisa buangan oleh pesakit Covid-19. Ini kerana dibimbangi jika ianya diserahkan kepada ibu bapa, ia akan meningkatkan risiko penularan dalam kalangan masyarakat.
Justeru, perhatian dan langkah pencegahan yang serius perlu diamalkan oleh mereka yang bakal menerima cahaya mata seperti tidak menerima kunjungan tetamu dan sering membersihkan permukaan dengan sanitasi tangan. Selain itu, disarankan juga untuk mengambil vaksin COVID-19 untuk mengelakkan peningkatan komplikasi Covid-19 pada wanita hamil.
Ikuti Facebook kami untuk maklumat lanjut: Placento
Anda juga mungkin meminati: Mitos Berkaitan Uri