Pernah dengar tak beberapa petua yang membantu untuk mudah bersalin dengan cepat?
Mesti ada antara korang yang tak boleh nak bayangkan macam mana lah situasi bila nak hadapi proses bersalin nanti kan?
Tengok luka berdarah saja pun dah terketar-ketar tangan ni, apatah lagi bila nak berdepan dengan rasa sakit yang melampau ni. Sanggup ke kita tempuh?
Lagi lagi bila selalu sangat dengar pengalaman-pengalaman ngeri yang dikongsikan sewaktu bersalin ni. Bukan setakat gemuruh, tapi rasa takut nervous risau semua dah berkecamuk.
Okay, sebenarnya banyak petua yang boleh membantu kita dalam proses menjadi ibu bapa yang terbaik ni, cuma kita kena bijak menapis agar tiada yang tersalah pilih. Nak tahu salah satu daripadanya?
Jom teruskan pembacaan bersama kami untuk tahu petua mudah sebelum, semasa dan selepas bersalin. Ambil tahu dan amalkan, In Shaa Allah urusan anda akan dipermudahkan.
SEBELUM BERSALIN
1. Amalan surah Maryam
Seiring amalan Surah Maryam, sertakan bersama doa indah memohon agar proses bersalin berjalan lancar dan anak yang lahir juga sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Ini adalah antara petua mudah bersalin yang paling mujarab untuk diamalkan.
2. Bersenam 20 minit sehari
Jangan takut! Bersenam ini takkan membahayakan anda dan kandungan selagi dilakukannya dengan penuh hati-hati dan low impact exercise. Antara senaman yang boleh diamalkan adalah seperti berjalan pantas, kayuh basikal yang static, berenang, yoga dan senaman kegel.
Kalau korang nak tahu, senaman kegel ini boleh elakkan masalam terkencing bila terbatuk, terbersin dan juga kurangkan risiko rahim jatuh. Aktiviti jalan itik juga boleh diamalkan sebelum tiba waktu bersalin untuk bantu mempercepatkaan bukaan rahim. Jadi, ia dapat memendekkan proses bersalin dank orang pun tak perlu tanggung sakit bersalin ni lama-lama.
3. Elakkan makanan untuk 2 orang
Tak dinafikan ramai juga yang menyarankan untuk amalkan amalan ni tapi sebenarnya, ia berisiko kepada si ibu untuk menjadi obesiti melainkan anda berada pada 28 minggu kelahiran yang memerlukan tambahan 200 kalori.
Menambah kuantiti makanan bererti korang juga menambah kalori pada badan. Ia tidak sepatutnya terjadi kerana bimbang si ibu akan terdedah kepada penyakit diabetes dan sebagainya. Apa yang boleh dilakukan adalah mengamalkan gaya pemakanan yang baik dan sihat.
4. Buka buku merah seawal 12 minggu
Haa, pastikan korang tak tunggu lama untuk buka buka hamil ni ye dan yang penting, jangan tinggalkan temujanji dengan doktor. Pergerakan janin ini sepatutnya perlu diawasi dan diteliti dengan lebih serius selepas 28 minggu kehamilan.
SEMASA SELEPAS BERSALIN
1. Kawal pernafasan
Kalau korang terlalu gopoh, nervous dan gementar, pernafasan juga akan menjadi tidak tenang dan terurus. Hal ini sedikit sebanyak akan menyebabkan kehilangan tenaga. Jadi, apa yang perlu dilakukan adalah kawal pernafasan anda sebelum dan juga saat waktu puncak bagi si bayi untuk keluar. Amalkan cara pernafasan seperti bermain Ttrik tali.
2. Jangan meneran sebelum diberi greenlight
Untuk mereka yang tak tahu pasti menganggap meneran akan membantu mempercepatkan keluarnya bayi dari rahim namun sebenarnya ia tidak boleh dilakukan sebelum tiba masa yang sesuai. Haa kalua korang nak tahu, meneran lebih awal dari yang sepatutnya akan menyebabkan koyakkan pada faraj dan juga boleh menyebabkan buasir. Ia juga akan menghasbiskan tenaga yang sepatutnya korang guna saat bayi benar-benar sudah ingin keluar.
3. Jangan angkat punggung
Ingat! Jangan angkat punggung walau bagaimana peritnya sakit yang korang hadapi. Kalau tak, sakit akan datang akan bertambah menjadi berlipat kali ganda disebabkan oleh berlakunya koyakkan pada faraj.
So, korang boleh lah cuba untuk amalkan beberapa petua-petua ini untuk mudahkan urusan dan proses bersalin agar lebih cepat. Lain individu, lain sakit yang dihadapinya.
Ikuti Facebook kami untuk maklumat lanjut: Placento
Anda juga mungkin meminati: Bagaimana Uri Mempengaruhi Mood Ibu Mengandung?