Pantang selepas bersalin ini perlu atau tidak?
Apakah relevannya kepada ibu yang baru bersalin dan begaimana ia membantu si ibu dalam proses memulihkan anggota badan?
Disebabkan sesetengah pihak mengatakan pentingnya proses berpantang ini dan sesetengah yang lain menyangkal sekeras-kerasnya proses ini, maka ia menimbulkan kekeliruan sesetengah pihak.
Jangan risau, jangan keliru!
Teruskan bersama kami untuk mengupas isu berkenaan amalan pantang selepas bersalin ini.
AMALAN PANTANG BERSALIN
1.Elakkan mengambil benda sejuk
Sejauh mana kebaikan amalan ini?
Sebenarnya, amalan ini memberi kebaikan kepada sesetengah ibu. Untuk pengetahuan anda, badan akan mengutamakan dahulu bahagian jantung dan otak untuk melindunginya jika berlaku pendarahan yang banyak.
Jadi, badan akan memberi perhatian dan mengalirkan darah ke dua kawasan tersebut yang menyebabkan pengurangan di kawasan lain seperti kaki dan tangan. Kedua-dua disebut sebagai kawasan ekstremiti yang mana apabila kurangnya darah, ia akan menjadi sejuk.
Doktor akan sentiasa memantau suhu badan si ibu untuk mengelakkan pendarahan yang menyebabkan tekanan darah menurun ini menjadi lebih serius.
2. Rasa gatal selepas makanan
Kebanyakan orang menyifatkan makanan seperti makanan laut dan juga ayam boleh menyebabkan kegatalan pada si ibu. Ini merupakan kepercayaan orang dahulu memandangkan benang yang digunakan untuk menjahit kawasan luka diperbuat daripada usus haiwan yang mengambil masa yang lama untuk hilang.
Namun begitu, dunia kini sudah mula menggunakan benang saintifik yang mudah larut dan kurang gatal. Jadi, ibu tidak perlu lagi risau untuk mengambil makanan ini sebagai diet ketika berpantang. Ini kerana makanan yang kaya dengan protein ini dapat membantu mempercepatkan pemulihan luka dengan syarat mengawal kadar pengambilannya.
3. Jangan diet ketika berpantang
Tahukah anda? Amalan berdiet ketika berpantang adalah dilarang sama sekali kerana ia dikhuatiri akan membahayakan kesihatan ibu dan bayi.
Sebaliknya, ibu perlu mengamalkan makana seimbang yang menepati 5 kriteria piramid makanan. Amalan ini akan membantu mengembalikan tenaga si ibu, menggantikan darah yang hilang untuk menghasilkan susu dan mengurangkan sakit jaundis dalam kalangan bayi.
Banyak minum air juga akan membantu proses penghasilan susu dan mengelakkan sembelit bagi si ibu. Jadi, amalkan cara pantang bersalin yang disarankan oleh doktor terlatih sahaja ye.
AKTIVITI KETIKA BERPANTANG
1. Mandian herba
Dapat membantu melegakan ketegangan urat saraf dan menyegarkan tubuh.
2. Bertangas
Membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim dan mengeringkan luka bersalin bagi wanita. Kelebihannya hamper sama dengan proses bertungku yang turut dapat membantu mengurangkan sakit rengat yang dialami oleh ibu selepas bersalin.
3. Sauna
Membantu memperbanyakkan penghasilan susu badan yang sekaligus mengelakkan stress buat para ibu.
4. Berurut
Urutan yang bagus akan membantu melegakan urat saraf yang tegang. Ia juga membantu mengurangkan stress kepada si ibu dan meningkatkan hormon gembira untuk dirasai si ibu.
Walaupun banyak perkara baik yang akan diperoleh dari aktiviti berpantang ini namun, para ibu dinasihatkan untuk mengelakkan amalan-amalan pemakanan yang keterlaluan.
Prinsip dan amalan makanan secara sihat perlu diamalkan supaya ibu sentiasa ceria, sihat dan bertenaga sepanjang berpantang agar dapat menguatkan hubungan dengan si kecil.
Ikuti Facebook kami untuk maklumat lanjut: Placento
Anda juga mungkin meminati: Doa mudah bersalin supaya terhindar dari komplikasi