Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bagi anda yang masih belum mengenali siapa saya, nama saya Basri Ahmad, selaku penaung utama untuk pasukan Placento.
Saya merupakan salah seorang hamba Allah yang mempunyai lulusan dari Universiti Al Azhar dan sebagai salah seorang insan yang telah diberi kepercayaan oleh ramai ibubapa di luar sana untuk membantu menguruskan plasenta atau uri.
Maka secara tidak langsung saya berasa terpanggil untuk meluahkan apa yang saya rasa dengan penuh rasa ikhlas dari hati tentang uri itu sendiri. Moga-moga apa yang bakal saya sampaikan ini secara tidak langsung dapat memberi manfaat pada anda selaku pembaca untuk blog ini. In Sha Allah.
URI – Tugasnya Murni, Jasanya Tinggi
Setiap apa yang Allah SWT ciptakan, Ada fungsinya yang tersendiri dan YA!
Bagi saya yang telahpun bergelar seorang suami dan juga seorang ayah ini, sejujurnya kewujudan uri itu sendiri adalah salah satu bukti akan kebesaran Allah SWT yang wajib direnungi.
Secara peribadi, tugas uri itu sendiri sangat murni dan tinggi jasanya sehingga mampu menghadirkan cahaya mata kesayangan untuk saya suami isteri.
Masakan tidak, tanpa uri ini, mana bisa si kecil zuriat tercinta mampu membesar di dalam perut sang isteri.
Tanpa uri yang bertindak sebagai pelindung dan pembantu ini mana mungkin si bayi boleh berkembang tumbesarannya secara menyeluruh dari awal hingga akhir.
Si uri yang bersama bayi sejak di dalam alam kandungan, bagi saya adalah seumpama tadahan kasih dari Allah SWT yang sentiasa memayungi setiap saat dan waktu.
Peranan uri ini boleh juga diibaratkan seumpama seorang kembar sejati yang sanggup bertungkus lumus dan berkorban segalanya sehingga ke detik yang terakhir, demi untuk menjaga si adik supaya dapat membesar dengan sempurna sementara menanti saat untuk berpisah tatkala si adik telah tiba masa untuk berada di pangkuan sang ibu.
Apakah Sebenarnya Tugas Si Uri Pada Bayi?
Bagi yang masih belum mengetahui, tugas si uri yang juga dikenali sebagai plasenta atau tembuni ini adalah merupakan organ yang amat penting untuk menjadi penghubung antara janin dan juga ibu.
Fungsi utama plasenta adalah membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk bayi di dalam kandungan.
Selain daripada membantu menyediakan nutrien penting,
uri yang membesar ke dinding rahim ini akan turut bertindak seumpama
sebuah ‘tilam’ khas untuk si janin dengan turut juga melaraskan suhu
persekitaran yang sesuai untuk janin , melawan jangkitan dalaman serta
menghasilkan hormon untuk membantu kehamilan si ibu.
Uri ini jugalah yang turut membekalkan oksigen dan nutrisi untuk bayi-bayi yang berkembang sambil membuang sisa najis dari darah bayi. Plasenta melekat kuat ke dinding rahim ibu dan berhubung dengan bayi melalui tali pusat. Kesimpulannya, uri adalah wakil untuk menyalurkan titisan kasih sayang pertama sejak awal dari pihak ibu dan ayah untuk si manja itu sendiri.
Sedihnya, Pengorbanan Si Uri Ini Tidak Semua Sudi Mempeduli
Inilah yang membuatkan saya berasa sangat sedih,
Tatkala melihat ada uri yang sengaja dibiarkan sepi tanpa pengurusan yang sempurna dek kerana terlalu teruja dengan kehadiran si manja yang comel dan mulus.
Mengapa mesti memperlakukan si uri sebegitu sedangkan hakikatnya jasa si uri ini tersangatlah besar.
Seringkali menitis air mata jantan saya dari butir mata. Saat terlihat si uri yang hanya sengaja ditinggalkan di hospital dengan alasan tiada masa, serta tiada tempat atau tanah dan tidak tahu cara yang betul untuk menguruskannya.
Tidak Mengapa, Kini Placento Telah Tampil Bagaikan Hero!!
Benar! Tampilnya saya adalah demi sebuah pembelaan kerana saya tidak mahu si uri ini terus ditinggalkan tanpa sebuah penyudah yang sepatutnya.
Saya tahu tidak semua punya kefahaman bagaimana untuk mengurus si uri yang agak istimewa rupanya ini dan dek kerana itulah saya sedia bertindak bagaikan seorang hero demi menyelamatkan keadaan.
Melalui Placento ini, Si uri yang telah selesai memberikan jasanya itu
akan selamat disemadikan dengan cara yang tepat dan si bayi yang akan mendapat limpahan kasih dari si ibu dan ayah pastinya akan lebih tenteram kerana peneman yang sering bersamanya ketika susah dan senang ketika berada di dalam kandungan sang ibu dulu tidak hanya ditinggalkan begitu saja terlantar sepi tanpa sesiapa yang sudi menjadi pembela.
Cuma satu permintaan saya, tolonglah…
Tolonglah hubungi team Placento ini andai benar anda tidak mampu untuk menguruskan uri kepada cahayamata anda itu. Benarkanlah pihak kami menjadi sang penyelamat supaya sama-sama kita mendapat lebih rahmat dari Nya Yang Maha Esa. Amin.
Ustaz Basri Ahmad
+6011 5684 4450
Founder #Placento
www.placento.com