Placento Menang Pertandingan Pembangunan Magris 2018

Alhamdulillah satu lagi pencapaian telah dibina dalam memenuhi hati pelanggan.

Pada permulaannya Placento sebuah nama yang pelik dan pasti mengerutkan kening buat si pendengar. Nama Placento diilhamkan daripada perkataan “Placenta” yang membawa maksud uri bayi.

Placento Berjaya Menang Geran MAGRIS 2018

Pada Mei 2018 Placento menampilkan diri menyahut cabaran “Geran Pembangunan Inovasi melalui Yayasan Inovasi Malaysia”. Dengan inovasi, kesungguhan dan komitmen yang Placento usahakan, Placento berjaya menambat hati para juri seterusnya merebut Geran tersebut dengan jumlah RM 30,000. Alhamdulillah.

Tiada apa yang Placento harap melainkan dapat membantu lebih ramai para suami menguruskan uri bayi, supaya mereka dapat fokus lebih masa bersama isteri, bayi, dan tuntutan keluarga yang lebih penting.

Kini, Placento yang menawarkan servis basuh dan tanam uri selari tuntutan Islam semakin menjadi pilihan ibu bapa yang bekerjaya terutama bagi mereka yang tinggal Lembah Klang.

Tanpa sokongan yang padu daripada pelanggan setia kami serta Khazanah Nasional, CodeArmy, keluarga, dan juga sahabat, Placento tidak akan sampai ke tahap seperti hari ini.

Terima kasih yang teristimewa buat

Yayasan Inovasi Malaysia – YIM – Malaysia Innovation Foundation

kerana yakin dengan Team Placento untuk terus membantu menyelesaikan masalah pengurusan uri dan menjana pendapatan bagi golongan B40 di bandar.

Ustaz Basri Ahmad
+6011 5684 4450
Founder #Placento
www.placento.com

Scroll to Top