Kalau anda perhatikan kini, sudah ramai ibu bapa yang mula mengambil servis untuk menemani ibu yang masih dalam pantang dan menyediakan sekali makanan berpantang.
Kebanyakannya adalah individu-individu yang mempunyai pendapatan lebih dan tidak mahu membebankan ibu bapa dan para mertua untuk menjaga mereka. Jadi, mereka mengambil servis itu untuk menjaga tabiat dan kesihatan si ibu serta memasak makanan-makanan yang sesuai untuk berpantang.
Jadi, bagaimana pula untuk ibu-ibu yang tidak mempunyai pendapatan tambahan?
Ha, ini lah masa nya buat si suami membalas jasa isteri yang telah bersusah payah selama 9 bulan dan bertarung nyawa untuk melahirkan cinta hati.
Si suami juga boleh menjaga isteri dengan baik seperti memasak masakan berpantang untuk isteri. Pada saat ini, isteri yang baru sahaja melahirkan akan memerlukan rehat yang banyak dan tidak digalakkan untuk memasak atau melakukan aktiviti berat.
Berpantang ini bukan saja untuk si ibu, tetapi juga baik untuk si bayi yang sedang menyusu badan. Jadi, utamakannya dengan cara yang betul.
Untuk suami yang keliru tak tahu nak masak apa, jangan risau.
Kami akan kongsikan 4 jenis kategori makanan yang boleh dan tidak boleh di makan wanita berpantang.
IKAN SEBAGAI MAKANAN BERPANTANG
Ibu mengandung dibenarkan untuk menjamu lauk ikan haruan, salmon, jenahak, bilis, ikan selar dan juga ikan merah.
Namun begitu, mereka tidak sepatutnya mengambil makanan yang diperbuat daripada ikan keli, ikan bawal, kembung, cencaru, sembilang, dan juga ikan keli.
SAYUR SEBAGAI MAKANAN BEPANTANG
Dinasihatkan kepada ibu untuk mengelakkan makanan yang boleh membawa angin pada badan seperti rebung dan sebagainya. Ibu juga perlu mengelakkan sayuran seperti kacang panjang, petai, kangking, pucuk paku dan jering sebagai makanan pilihan.
Cuba berlaih kepada sayuran yang lebih sihat seperti brokoli, bayam, sawi, lobak dan juga ubi kentang.
BUAH-BUAHAN SEBAGAI MAKANAN BERPANTANG
Banyakkan menyediakan buah-buahan seperti kurma, kismis, anggur, oren, epal merah dan juga blueberry.
Anda boleh cuba mengelakkan buah seperti nenas, betik, durian, nangka, kuinin dalam diet seharian anda ketika berpantang.
MINUMAN
Dah ada lauk dan buah-buahan, rasa tek lengkap pula hidangan berpantang tanpa minuman kan?
Ibu-ibu boleh cuba mengamalkan air suam, air halia, air kunyit, madu serta air coklat tetapi diingatkan untuk elak ambil minuman yang bergas, kelapa muda, tebu dan cuka buah.
Kalau diikutkan sebenarnya tiada larangan khusus tentang makanan-makanan ini. Namun, ianya hanya sebagai cadangan yang baik untuk ibu berpantang mengamalkannya kerana sifat makanan itu akan memberi kebaikan dan mengganggu perubahan hormon dan juga kesihatan si ibu.
Semoga berkat penjagaan berpantang yang baik dan pemilihan makanannya akan membantu mempercepatkan proses pemulihan luka dan memberikan mood yang baik kepada si ibu.
Anda juga mungkin meminati: Kenali Waktu Sesuai Menanam Uri
Ikuti Facebook kami untuk maklumat lanjut: Placento