Lain wanita, lain pengalaman bersalin, begitu juga cara keluarkan uri. Jika diikutkan secara gambaran rawak, seperti televisyen dan juga filem, proses bersalin yang ditunjukkan hanya melibatkan sesi meneran dan menjerit diikuti dengan kelahiran bayi dengan mudah. Tetapi realiti sebenarnya agak jauh berbeza.
FASA KELAHIRAN
- Fasa 1 adalah fasa di mana pangkal rahim terbuka sehingga 10 cm,
- Fasa 2 berakhir dengan kelahiran bayi
- Fasa 3 pengeluaran uri.
Selalunya uri akan dikeluarkan secara sendiri dalam masa 15 hingga 30 minit. Jika tempohnya melebihi 30 minit dan uri masih lagi berada di dalam rahim, ia dipanggil sebagai masalah uri melekat. Namun begitu, hanya 2 peratus dari wanita bersalin akan mengalami komplikasi ini.
Apabila bayi dilahirkan uri tidak lagi diperlukan dan ia secara spontan akan merekah dari rahim dan keluar semasa pengecutan rahim.
Walau bagaimanapun, segelintir wanita tidak akan mengalami proses ini yang menyebabkan uri terperangkap dalam rahim.
Uri boleh terlekat secara keseluruhan atau cuma sebahagian kecil sahaja yang tertinggal. Jika cuma sedikit uri saja yang tertinggal, diagnosa mungkin sukar dibuat sehinggalah wanita mula mengalami gejala kesan dari uri yang tertinggal.
RAWATAN MENGELUARKAN URI
1. Menggunakan tangan
Doktor akan mula memasukkan tangan ke dalam rahim dan menarik keluar sisa uri yang melekat setelah ubat bius diberikan.
2. Menarik tali pusat
Jika diingat kembali, tali pusat bayi selalunya akan dipotong setelah dilahirkan namun berbeza dengan ini yang mana doktor akan menarik talipusat secara perlahan sehingga keluar jika plasenta sudah terpisah dari dinding rahim namun tak boleh keluar.
3. Curettage
Langkah ini dilakukan untuk membersihkan sisa-sisa yang menempel di dinding rahim.
4. Histerektomi
Langkah ini dilakukan jika uri tertanam terlalu dalam di dinding rahim. Yang menyedihkan adalah proses ini dilakukan dengan cara mengeluarkan rahim si ibu yang menyebabkan ibu tidak boleh hamil lagi.
Cara keluarkan uri selepas bersalin ini adalah sangat penting bagi memastikan keselamatan dan kesihatan si ibu terjamin. Hal ini kerana uri yang tidak dikeluarkan atau tertinggal di dalam rahim akan memberi kesan negatif kepada si ibu dan boleh mengundang maut.
Ikuti Facebook kami untuk maklumat lanjut: Placento
Anda juga mungkin meminati: Komplikasi Covid-19 pada wanita hamil