
“Due date dah nak sampai ni, nervous pula rasanya!”
Mesti excited kan nak tunggu kelahiran untuk kali pertama?
Lagi lagi kalau dah lama ternanti-nanti kelahiran si kecil ni.
Barangan, makanan, ilmu keibu bapaan boleh dikatakan semuanya hampir tersedia. Tapi, tahukah anda tentang detik-detik yang akan terjadi pada saat bayi telah dikeluarkan?
Itulah detik yang paling menyentuh hati yang takkan mampu dilupakan.
Perasaan saat mendengar tangisan si anak buat kali pertama, dengan genggaman tangan oleh si suami, pasti sahaja menitis air mata kebahagiaan. Lupa terus segala kesakitan yang dihadapi di dewan bedah tadi.
Kepada para ibu dan bapa yang baru kali pertama mendapat zuriat, ini adalah antara detik pertama yang akan terjadi selepas lahirnya anak ke dunia.
Ini adalah perkara pertama yang dilakukan doktor untuk memisahkan bayi daripada anggota badan si ibu.
Haa waktu ni lah si ibu dibenarkan untuk menyentuh dan mendukung anak untuk kali pertama. Pelukan pertama ini akan berikan suatu perasaan yang tak boleh digambarkan dan menguatkan hubungan istimewa antara bayi dan ibunya.
Ibu boleh memilih beberapa kaedah untuk doktor mengeluarkan uri dari badan.
Dalam Islam, tugas mengazankan bayi selepas lahir adalah sunat dan sering dilakukan oleh si bapa. Perasaan mengazankan ini yang paling dinanti oleh setiap bapa.
Kalau si bapa menantikan untuk mengazankan si kecil, ibu pula menunggu untuk breastfeed.
Jangan terkejut pula kalau lepas bersalin, korang rasa lapar yang melampau. Itu perkara normal sebab korang dah penat bertarung nyawa di dewan dan semua tenaga dah habis digunakan. Jadi tidak menjadi masalah kalau korang nak minta nurse ataupun suami belikan makanan yang sesuai.
Hargailah setiap perjalanan sepanjang proses kelahiran. Usah dibanding-bandingkan setiap pengalaman kerana pastinya pengalaman setiap orang itu berbeza-beza.