Ada juga yang tanya kami, “uri dengan tali pusat ni benda yang sama ke?”.
Hakikatnya ia bukanlah satu benda yang sama.
Walaupun cerita tentang ini sering diperkatakan oleh ibu bapa yang bakal mendapat zuriat namun, pasti saja ada segelintir pihak yang masih keliru dengan maksudnya yang sebenar.
Jadi, teruskan bersama kami di Placento untuk mengupas isu ini dengan lebih mendalam supaya ianya lebih jelas untuk difahami.
MAKSUD DISEBALIKNYA
Jika diikutkan dengan kefahaman masyarakat kita, uri ini dianggap sebagai ‘kembar kepada bayi’ yang akan dikeluarkan sejurus selepas bayi dilahirkan. Namun, penting juga untuk kita mengambil definisi yang sebenarnya dari sudut fakta.
Ia turut dikenali sebagai Al-Mashimah dalam perkataan arab, adalah plasenta yang melekat pada rahim si ibu dan disambungkan bersama tali pusat. Ianya membantu membekalkan oksigen dan makanan kepada bayi dalam kandungan.
Plasenta ini berwarna biru kegelapan dan mempunyai berat hampir 500 gram. Plasenta ini bukanlah organ yang tetap pada badan tapi ia terbentuk selepas berlakunya implantasi dan sel-sel nya akan terbentuk secara aktif berbanding janin. Pendek kata, ia seperti organ yang dipakai buang.
HUKUM TANAM URI
Bagaimana pula dengan hukum berkenaan pengurusannya?
Jika difahami, uri merupakan sebahagian anggota badan manusia yang digunakan pada saat kehamilan dan akan dikeluarkan bersama bayi dari rahim si isteri. Jadi, ianya perlu diuruskan dengan betul dan baik.
Walaupun tiada dalil atau tuntutan yang jelas mengenai cara pengurusan uri namun, hukum menanamnya adalah sunat.
Anggota yang terpisah dari badan ketika hidup adalah sunat untuk dibasuh dan ditanam sebagai tanda penghormatan kepada si empunya. Hal ini kerana uri bayi adalah suci dan perlu diuruskan sebaiknya manakala yang selain daripadanya adalah najis.
Namun begitu, tidaklah haram jika ianya terus dibuang cuma ia akan bercanggah dengan naluri Islam yang sentiasa meneliti aspek kebersihan.
TUJUAN PENGURUSAN
Pengurusan uri yang betul dan baik akan mengelakkan berlakunya perbuatan sihir dalam kalangan masyarakat.
Uri bayi ini suci yang datang darijasad manusia yang perlu kembali ke tempat asalnya iaitu tanah. Jadi ia tidak boleh dibakar tetap sepatutnya ditanam.
Ia juga dapat mengelakkan urusan jual beli uri umat Islam yang mana hukumnya adalah haram.
Pengurusannya yang selamat juga dapat mengelakkan uri daripada digonggong atau dimakan haiwan.
SIAPAKAH SELAYAKNYA MENGURUSKAN URI?
Jika difikir-fikirkan kembali, plasenta ini dikeluarkan pada saat kelahiran bayi iaitu dari tempat sulit isteri yang merupakan antara maruah si suami.
Jadi, individu yang selayak-layaknya menguruskannya adalah para suami.
Haa para suami dah ambil tahu cara yang betul untuk pengurusannya? Jangan ambil mudah ye.
Ibu sudah berkorban melahirkan zuriat jadi tanggungjawab si bapa pula memastikan segala pengurusannya tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Anda juga mungkin meminati: Uri bayi baru lahir dan pandemik Covid-19
Ikuti facebook kami untuk maklumat lanjut: Placento