BENARKAH AIR KETUBAN BANYAK BERI KESAN PADA URI?

Air ketuban banyak bawa keburukan?

Percayakah anda kalau kami katakan setiap perkara itu ada had nya yang tersendiri?

Setiap perkara yang baik itu jika berlebihan, tetap akan mengundang risiko.

Tidak kiralah dari segi makanan, minuman mahupun perwatakan, semuanya menggunakan konsep yang sama iaitu tidak berlebihan ataupun berkurangan.

Begitu juga konsepnya dengan air ketuban ini.

hati-hati kelahiran songsang!

Sebelum kita bercerita tentang baik buruknya jumlah air ketuban ni, jom ambil tahu dulu apa maksud air ketuban dan fungsinya terhadap kandungan.

Okay sebenarnya, air ketuban ni terhasil daripada cecair plasma si ibu. Waktu awal kandungan, air ini akan meresap sendiri ke dalam liang kulit dan juga tisu janin. Tetapi sebaliknya pada penghujung kandungan, janin akan mula menelan sedikit air ketuban sebagai langkah simulasi pernafasannya.

Air ketuban akan membantu perkembangan janin, tapi bagaimanapun, jumlahnya yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan mengganggu pertumbuhan janin ini.

Air ketuban ini mengandungi nutrisi, hormon dan antibodi kepada janin untuk melawan jangkitan. Malah, warnanya boleh menentukan keadaan bayi dalam kandungan.

FUNGSI AIR KETUBAN

Air ketuban sangat penting untuk melindungi plasenta daripada ditekan oleh janin. Selain itu, air ketuban juga mempunyai antibodi yang mampu bayi daripada terkena apa-apa jangkitan ketika dalam kandungan. Bayi dalam kandungan bebas menggerakkan tubuh serta otot-otot badannya dengan suhu persekitaran yang optima di dalam rahim.

manfaat roselle untuk wanita

AIR KETUBAN LEBIH

Air ketuban yang banyak mungkin terjadi disebabkan beberapa faktor antaranya termasuklah masalah kencing manis, jangkitan kuman ataupun kecacatan janin.

Situasi ini akan menyebabkan beberapa komplikasi bukan sahaja kepada janin, tetapi juga uri dan si ibu. Antara yang boleh dikongsikan adalah seperti uri tercabut, kelahiran pramatang dan juga kematian pada bayi.

AIR KETUBAN KURANG

Jika tadi isunya adalah air ketuban yang berlebihan, namun jumlah air ketuban yang kurang juga akan memberi impak negatif. Isu ini kebanyakannya disebabkan oleh usia ibu yang telah lanjut, air ketuban pecah awal, masalah pada uri dan juga amalan mengambil ubat-ubatan.

Air ketuban yang kurang ini akan menyukarkan janin untuk bergerak. Kebanyakan dan tumbesaran janin juga akan terbantut yang turut menyebabkan kecacatan.

Air ketuban yang berwarna hijau atau coklat ketika melalui proses bersalin bermaksud bayi telah membuang air besar sejak dalam kandungan dan ianya sangat merisaukan kerana akan melemaskan bayi dalam kandungan.

Justeru, anda perlu prihatin terhadap sebarang kejanggalan yang dirasakan untuk mengelakkan daripada berlakunya kedua-dua masalah ini.

Teruskan pembacaan bersama kami di Placento.

Scroll to Top