Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua dan tahniah buat pasangan yang menerima bayi baru. Cahaya mata pembuka rezeki keluarga.
Placento adalah frontliner
bagi papa dalam menguruskan cuci uri bayi dan tanam dengan penuh tertib seperti garis panduan yang dikeluarkan melalui Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Melihat kondisi dunia yang membimbangkan dengan wabak pandemik, meningkatkan rasa syukur dilahirkan sebagai anak watan.
Malaysia gah berdiri kerana kecekapan Kementerian Kesihatan Malaysia yang turut dibantu oleh agensi-agensi lain dalam membendung covid-19 daripada terus merebak.
Tidak dinafikan
segenap lapisan masyarakat memberi sumbangan berbentuk wang Ringgit dan keperluan asas kepada golongan yang terkesan akibat PKP.
Terdapat juga golongan sukarelawan menyumbang tenaga dan keringat menjahit PPE serta membuat faceshield untuk kegunaan barisan hadapan negara agar keselamatan diri dan nyawa mereka terjamin.
Rakyat Malaysia begitu terkenal dengan sifat penyayang dan pemurah semakin banyak memberi terutama ketika ujian covid-19 ini melanda pada bulan Ramadhan. Bulan penuh barakah. Setiap amalan kebaikan mendapat pahala yang berganda.
Memahami konsep Ramadhan
kehadirannya dinanti-nanti dan hanya seketika. Placento tidak sesekali membiarkan Ramadhan berlalu tanpa merebut peluang menambah saham di akhirat kelak.
Selain daripada mengeluarkan zakat,
Placento turut merebut peluang di bulan mulia ini dengan membuat sumbangan daripada hasil bayaran pengurusan uri yang ditetapkan. Alhamdulillah.
Perginya Ramadhan ditangisi oleh seisi dunia beragama Islam.
Namun, semua bersetuju bahawa ketibaan Syawal perlu diraikan. Menyambut kehadiran Syawal dengan penuh kegembiraan dalam mengeratkan silaturrahim.
Placento menghentikan operasi pada dua hari terakhir Ramadhan. Memberi ruang kepada tim Placento menambah ibadah dengan lebih khusyuk pada hari-hari terakhir Ramdahan.
Sambutan Syawal 1441H berbeza
daripada tahun-tahun yang lalu. Malaysia mengamalkan Norma Baharu bagi mengekang penularan wabak. Adat bersalaman ketika ziarah-menziarahi adalah tidak digalakkan.
Menjelang Syawal,
Placento masih bercuti untuk memberi ruang kepada tim menikmati peluang merayakan Aidil Fitri bersama keluarga tersayang.
Cuti raya ini juga boleh diklasifikasikan sebagai ganjaran buat tim kerana sentiasa memberi komitmen yang baik sepanjang pengoperasian pengurusan uri.
Servis pengurusan uri mengekang untuk bercuti dalam tempoh yg lama. Tempoh cuti raya Placento hanya sehingga Syawal ke-3. Seluruh tim juga telah diumumkan untuk cuti berhari raya.
Ketika operasi cuci uri bayi dan tanam dihentikan untuk sambutan raya, Placento tetap menerima panggilan dan pesanan whatsapp untuk pengurusan uri bayi.
Secara dukacitanya, dengan berat hati Placento terpaksa membatalkan tempahan.
Placento memahami keperluan ayah,
menyambut hari raya dalam keadaan isteri di hospital, uri di tangan. Namun, ribuan kemaafan Placento panjangkan kerana tiada di kalangan tim yang boleh menguruskan uri ketika berhari raya.
Ini kerana konsep Placento, pengurusan tanam uri perlu diselesaikan dalam tempoh 24 jam daripada tempoh uri diambil. Sedangkan, tim Placento sedang cuti berhari raya.
Placento tidak sesekali akan menyimpan uri bayi dalam tempoh yang lama. Ya, Placento bersifat telus dan sangat menjaga kualiti servis perkhidmatan pengurusan uri.
Selain mementingkan kualiti,
Placento menitikberatkan kebajikan tim. Tempoh cuti untuk perayaan Aidil Fitri yang telah diumumkan tidak boleh ditarik balik. Ibarat merentap kegembiraan dan senyuman tim yang sedang beraya bersama keluarga.
Keadaan mental dan fizikal tim perlu dijaga dengan baik agar dapat memberikan servis terbaik kepada masyarakat, golongan ayah khasnya.
Cukup 2 + 3 (Ramadhan + Syawal) bersamaan 5 hari bercuti
Tim placento kembali meneruskan operasi seperti biasa. Terzahir kegembiraan pada wajah tim. Memulakan rutin dengan menyemak setiap tempahan baharu serta memasukkan tempahan ke dalam jadual pengurusan Placento. Seawal hari pertama memulakan operasi selepas bercuti, Placento terus menguruskan penanaman uri yang telah ditempah sebelum cuti Aidil Fitri.
Di sini ingin Placento tegaskan,
pentingnya melakukan tempahan awal dengan menyatakan tarikh jangkaan bersalin. Tempahan awal sangat membantu Placento dalam penyusunan jadual kerja.
Kegagalan membuat tempahan awal, menyumbang kepada kegagalan Placento membantu ayah dalam pengurusan uri.
Ayah-ayah buat tempahan awal ye. Placento sedia membantu.
Di kesempatan ini, tim Placento mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.