MANDI SELEPAS BERSALIN, ADAKAH IA DIBOLEHKAN?

Pernah tak terbayang keadaan mandi selepas bersalin?

Rasa ngilu kan?

Dengan luka dan tekanan pada faraj, ngeri juga bila terbayangkan air mandian terkena pada luka.

TIPS MANDI SELEPAS BERSALIN

  • Tanya pada doktor atau nurse

Apa saja yang korang ingin lakukan perlu lah dirujuk dahulu kepada doktor atau nurse yang bertugas. Elakkan membuat perkara terburu-buru kerana ia mungkin membahayakan kesihatan anda.

  • Gunakan suhu yang sesuai

Haa, kena hati-hati dekat sini sebab suhu yang tak sesuai mungkin akan menyebabkan korang rasa pening dan berpinar-pinar. Ia mungkin disebabkan faktor kehilangan banyak darah sewaktu proses bersalin.

  • Gunakan kerusi semasa mandi

Nak selamat? Gunakan kerusi waktu mandi untuk kurangkan risiko terjatuh dan sebagainya.

  • Keringkan badan dengan betul

Luka berdarah ni bahaya kalau terdedah pada kawasan lembap dalam jangka masa yang lama. Jadi, pastikan korang sentiasa keringkan badan terutamanya kawasan luka setelah mandi untuk elakkan jangkitan kuman.

  • Elakkan guna sabun atau apa-apa pencuci

Memandangkan sabuh atau bahan pencuci ni mempunya bahan kimia. Risau juga kalau ia merangsang kegatalan atau wujudkan tindak balas pada kawasan luka. Jadi elakkannya!

KELEBIHAN MANDI SELEPAS BERSALIN

  • Berikan kesegaran

Waktu bersalin pastinya kita akan bertarung dengan darah dan peluh so, mandi lepas bersalin ni akan berikan kesegaran pada badan.

  • Merangsang peredaran darah

Mandian dengan suhu yang sesuai boleh membantu peredaran darah bagi ibu selepas bersalin.

  • Menyediakan anggota badan yang bersih untuk menyusukan bayi

Perkara pertama yang ditunggu-tunggu mestilah menyusukan si kecil jadi, mandi selepas bersalin ini membolehkan si ibu menyiadakan anggota badan yang bersih dari darah dan peluh untuk si bayi.

Itulah tadi beberapa sebab dan hikmah mandi selepas bersalin. Apa-apa pun, aspek utama yang perlu di ambil perhatian adalah kesihatan ibu itu sendiri. Walaupun mandi selepas bersalin memberikan kesegaran dan ketenangan diri tapi, kalau membahayakan, sebaiknya di elakkan. Betul tak?

Scroll to Top