Mengenai Kami

Pasangan suami isteri ramai yang kerisauan apabila tarikh jangkaan bersalin semakin dekat. Terutamanya bagi pasangan yang tinggal di kondominium atau kawasan yang tidak sesuai untuk tanam uri bayi.

Di sini lah Placento telus berkongsi cerita tentang :

  • Siapakah Placento?
  • Istimewakah servis Placento?
  • Kenapa Placento sangat berbaloi?
  • Apakah nilai hebat yang Placento tawarkan?
  • Apakah respon pelanggan kami?

Sebelum menyelami butiran yang lebih mendalam, bagi kami berbesar hati untuk pasangan mengetahui bahawa Placento adalah syarikat yang ditubuhkan dengan misi membantu para suami agar memberi fokus kepada isteri ketika tibanya saat kelahiran.

Sewajarnya isteri mendapat sokongan penuh suami. Kami sangat memahami perasaan dan emosi seorang suami pada saat itu untuk memenuhi keperluan isteri dan bayi yang baru dilahirkan.

Mengimbau kembali pada tahun 2017 apabila Pengasas dan Ceo Placento (seorang bapa), Ustaz Basri mendapati untuk mengurus uri dengan selamat di kawasan bandar terutamanya Lembah Klang sangat rumit.

Kenalan Ustaz Basri, Tuan Huzai Isterinya sarat mengandung anak yang ketiga dan perlu bersalin dengan kadar segera disebabkan masalah komplikasi yang dialaminya.

Beliau kesuntukan masa dan terdapat banyak urusan yang perlu diselesaikan dengan kadar segera.

Tuan Huzai telah menyimpan uri ke dalam peti beku. Tambahan pula, tiada kawasan yang sesuai untuk uri ditanam berdekatan rumah.

Tiga bulan berlalu, beliau baru teringat uri masih berada di dalam peti beku.
Masya Allahhh ~

Tiga bulan tuan puan!

Beliau terlupa. Kemudian beliau berusaha menyerahkan uri tersebut kepada seorang bidan. Selang beberapa hari, bidan tersebut memberi tahu beliau yang uri anaknya telah selesai diuruskan dengan membungkus bersama barangan yang membawa kepada kepercayaan khurafat.. Uri juga telah selamat ditanam.

Kisah benar ini sungguh berat untuk kita bayangkan.
Kerisauan serta kekalutan mereka di hari tersebut.

Justeru, Ustaz Basri mengasaskan Placento demi membantu menyelesaikan masalah pengurusan uri.

Hasrat kami, pengalaman suami isteri menerima kelahiran bayi menjadi memori indah untuk dikenang.

Detik penuh kesyukuran dan kebahagiaan terutama buat pasangan yang tinggal di Lembah Klang. Kami bersyukur untuk berkongsi dengan anda bahawa Placento menerima penilaian tinggi, 5 bintang di Facebook Page daripada pelanggan.

Usaha gigih dan dedikasi kami dalam membantu pasangan suami isteri dalam penanaman uri bayi telah mendapat liputan oleh Berita Harian, Kosmo, MalayMail, The Edge, The Sun, DNA, Utusan ,dan Vulcan Post.

Berbekalkan ilmu serta pengalaman yang telah dipelajari sejak kecil daripada bondanya Hajah Rafeah, Ustaz Basri mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan sebagai Guru Al Quran Asrama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk meneruskan perjuangan Fardu Kifayah yang jarang sekali diceburi oleh anak muda zaman sekarang.

Semasa Placento mula menapak memasuki pasaran di Lembah Klang,
naik turun kami telah mendapat sokongan dan bantuan yang sangat hebat daripada beberapa individu sehinggalah GLC yang besar.

Placento ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan
buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Kami berasa bangga dengan Khazanah Nasional dan Yayasan Inovasi Malaysia kerana memberi sokongan serta kepercayaan penuh tanpa henti kepada Placento untuk menunaikan tanggungjawab masyarakat dengan menyalurkan dana dan latihan lebih daripada 3 bulan melalui Codearmy.





Placento - Hari Pembentangan Ustaz Basri

Terima kasih diucapkan buat Puan Norul Hasliza “Urutan Melayu” yang sangat komited membantu dalam membuat validasi permasalahan dan penyusunan asas operasi.

Di samping itu, tidak dilupakan juga kepada Tuan Fakhrullah “fajarhac.com” berhempas pulas memberi bantuan kepada kami dari segi kelancaran operasi berasaskan digital seperti web app dan sistem backend.

Istimewanya Servis Tanam Uri Daripada Placento Komitmen tinggi daripada suami sangat diperlukan oleh isteri sewaktu proses bersalin serta urusan selepas kelahiran bayi.

Maka, kami berusaha sebaiknya untuk memberikan pengalaman yang mengujakan buat semua pelanggan Placento dengan beberapa langkah sahaja.

1. Tempahan Awal
Buat tempahan dengan mengisi borang.
Tempahan dibuat sebulan sebelum tarikh jangkaan isteri bersalin.

2. Ambil, Cuci dan Tanam
Isteri sudah bersalin, maklumkan kepada kami. Pegawai logistik Placento akan datang mengambil uri di hospital atau rumah, mengikut permintan pelanggan.

Kemudian uri bayi akan dicuci dan ditanam dalam kawasan Masjid yang bekerjasama dengan Placento.

3. Notifikasi Selesai
Setelah selesai semua operasi, kami akan membuat laporan lengkap beserta gambar aktiviti daripada awal sebelum uri dicuci sehinggalah selesai ditanam. In sha Allah.

Kami melakukan proses ini dengan telus terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan kepada Placento. Kaedah Placento begitu telus dan sangat selamat berbanding perkhidmatan bidan kepada Tuan Huzai yang kami ceritakan di atas. Tanpa Placento, ramai pasangan suami isteri akan menggunakan tenaga dan masa yang lebih dari kebiasaan untuk menguruskan uri bayi mereka.

Para suami terpaksa berulang-alik dari rumah ke hospital dan berhadapan dengan kesesakan jalan raya demi menunaikan tanggungjawab sendirian.

Dengan menggunakan servis Placento, amanah urusan uri bayi ini akan digalas oleh pasukan terlatih yang mendapat tunjuk ajar terus daripada Ustaz Basri.

Bukan itu sahaja, gambar yang kami berikan boleh dijadikan sebagai kenangan sepanjang masa dalam sejarah keluarga.

Nilai Hebat Menggunakan Servis Placento Kami menawarkan nilai-nilai yang tinggi untuk pelanggan Placento. Berikut adalah beberapa nilai yang kami dapat senaraikan :

  • Penanaman uri adalah di dalam kawasan masjid
  • Setiap uri bayi yang diuruskan oleh Placento, sebahagian akan disumbangkan kepada tabung pembangunan masjid berkenaan
  • Suami dan isteri tidak perlu runsing dan pening kepala
  • Suami dapat fokus kepada isteri dan bayi baru dilahirkan
  • Gambar pengurusan uri dapat dijadikan kenangan

Ini Respon Tentang Pengalaman Mereka Bersama Placento

Placento - Servic Cuci Tanam Uri

Kami tidak mengharapkan anda menerima kata-kata kami secara terus.
Mari sama-sama kita lihat beberapa respon yang dibuat oleh 300+ pelanggan kami dalam menggunakan servis cuci dan tanam uri oleh Placento :

“Jaminan tiada perkara khurafat! Uri pun mereka datang ambil di hospital. Placento beri gambar uri siap cuci dan tanam bila selesai. Tak perlu risau dah! Alhamdulillah”.

Tuan Amirul Radzuan

Bapa kepada 5 orang anak “Saya dan keluarga sangat berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada tim Placento yang menguruskan uri bayi hari ini.”

“Servis tim Placento sangat sesuai kepada mereka yang tidak mempunyai tempat sesuai untuk menanam uri. Lebih-lebih lagi yang tinggal di apartment atau jauh dari kampung halaman”.

Tuan Faiz

Bapa kepada 2 orang anak
Allah SWT permudahkan urusan saya dengan Placento. Uri anak kami dapat dicuci dengan bersih dan ditanam dengan selamat memandangkan kami tinggal di apartment. Sangat berpuas hati dan rasa lega. Alhamdulillah!”

Tuan Mohamed Redzmi

Bapa anak pertama
Jika anda ingin membaca lagi apa yang pelanggan katakan tentang kami, berikut adalah respon yang lebih banyak tentang Placento.

Dan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin berbual dengan pasukan khidmat pelanggan kami. Lawati halaman hubungi kami. In sha Allah, kami sentiasa menunggu dan bersedia menerima pertanyaan daripada anda dengan gembira.Beli Pakej & Tempah Beli Pakej & Buat Tempahan” Baca lebih lanjut mengenai topik ini di halaman blog Placento! Terima kasih. 

Ustaz Basri Ahmad

+6011 5684 4450
Pengasas
#TanamUriDenganPlacento
www.placento.com[

Scroll to Top