
Hari demi hari, makin ramai ibu bapa yang mendapat zuriat sebagai rezeki kurniaan dari Sang Pemberi Nikmat. Ada yang baru pertama kali mendapat gelaran ibu bapa, dan ada juga yang telah berpuluh tahun merasakan pengalaman itu.
Detik saat mengendong anak buat kali pertama pasti saja memberikan rasa luar biasa yang tak mampu dilupakan setiap pasangan. Hari bahagia itulah yang sering dinanti bakal ibu bapa dengan seribu satu ilmu menguruskan kehidupan seterusnya kelak bersama si kecil.
Namun, ada satu ilmu yang selalu saja tidak diberi perhatian oleh para ibu bapa iaitu ilmu mengurus uri dengan baik. Oleh sebab uri bayi ini suci dan tidak boleh dibakar, jadi ia perlu ditanam dan disempurnakan dengan betul.
Kami di sini ingin kongsikan beberapa cara mudah basuh uri dan menguruskannya dengan baik.

Untuk mulakan cara mudah basuh uri ni, anda perlu sediakan terlebih dahulu barang-barang yang akan diperlukan.


Secara ringkas, pembersihan uri hanya perlu diselesaikan dengan basuhan menggunakan air bersih dan ditanam di tempat yang baik dengan betul.
Namun, penggunaan bahan tambahan seperti asam, garam dan limau ini dapat membantu menghilangkan bau hanyir pada uri yang akan menarik perhatian haiwan. Tiada amalam tahyul mahupun khurafat yang dikaitkan dengan bahan ini tetapi sebaliknya ia dapat memastikan uri tertanam dengan baik.
Anda juga mungkin meminati: Ada apa disebalik pengurusan uri?
Ikuti facebook kami untuk maklumat lanjut: Placento